Page 21 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 21

MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15



                 84.!  Fahaman yang menganggap politik itu sebahagian dari Aqidah (dan

                       bukan sebahagian dari Mu’amalat) inilah yang menjadi punca yang
                       mencetuskan pelbagai pertentangan fahaman Islam sesama Umat
                       Islam serta perbalahan kaum dan agama dalam negara majmuk yang

                       bertuah ini.


                 85.!  Untuk  rakaman  sejarah,  fahaman  ini jugalah  yang  mencetuskan

                       pelbagai episod ‘Takfiri’ bukan sahaja di negara ini bahkan seantero
                       dunia  Islam.  Mudahnya,  ia  adalah  sikap  serta  kecenderungan  yang
                       mudah ‘mengkafir’ pihak yang tidak bersetuju dengan fahaman serta

                       pegangan politik sesuatu pihak.


                 86.!  Seperkara lagi, berbeza dengan cubaan golongan yang membawa

                       pemikiran dan doktrin 'Supremacist' atau  ‘Ketuanan' sama  ada
                       bersandarkan satu etnik atau satu agama seperti Melayu-lslam yang
                       dipelopori oleh parti lslam, Parti Amanah Negara (AMANAH) sebaliknya

                       menekankan  konsep  dan  gagasan  besar  ‘Karamah  Insaniyah'

                       atau ‘Kemuliaan Insan’ (Human Dignity) dalam negara yang bersifat
                       ‘Majmuk atau Plural’ - pelbagai Kaum, Agama dan Budaya.


                 87.!  Inilah antara asas fahaman dan falsafah politik kami, yang dengan itu
                       kami 'Memelihara Keadilan dan Kebebasan' (Hifzul ‘Adalah wa Hifzul

                       Hurriyyah)  seperti yang dianjur pemikiran Islam kontemporari seperti

                       Professor Ahmad Raisyuni dan Sheikh Yusuf Qardhawi.


                 88.!  Lanjutan itu,  AMANAH  mengangkat gagasan besar mengadvokasi
                       atau menganjurkan 'Kesatuan dalam Kepelbagaian'. Maka dalam
                       pemikiran  politik  AMANAH, kami  mentajdidkan kalam masyhur yang

                       terungkap dalam Sahifah Madinah… "Lahum ma lana wa 'alaihim ma
                       'alaina' atau maksudnya 'Bagi mereka hak-hak seperti juga bagi kami,

                       dan ke atas mereka tanggungjawab seperti juga ke atas kami'.















               PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
       19
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26