Page 20 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 20

MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15



                79.!   Saya telah tegaskan lebih awal tadi, AMANAH melalui wadah Pakatan

                       Harapan telah cuba menampilkan penghayatan Islam dengan erti
                       sebuah ‘Kemakmuran dan Keadilan Sosial’ ketika pemimpin Islam
                       bersama  dalam  kepimpinan  negara.  Matlamat  dan  Tujuan-tujuan

                       Besar Syariah atau Maqasid Syariah ini digalas dan diterjemahkan

                       dengan amalan dan polisi-polisi negara dalam semua kementerian
                       yang kita kemudi sehingga menyerlah  ‘Islam itu Satu Penghayatan-
                       Pembuktian’ bukan bersifat slogan atau sebutan retorika.


                80.!   Sebab  itu  AMANAH  komited  untuk  bertindak  di  dalam  rangka

                       Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan 'kedudukan

                       Istimewa kepada lslam dan pada waktu yang sama, menjaga hak-hak
                       agama lain untuk diamalkan'.


                81.!   Sementara  mengiktiraf  wujud  dalam  ‘Fiqh  Klasik  Kewarganegaraan’
                       mengklasifikasikan  dunia  sebagai  Darul  Harbi  dan  Darul  Islam  serta

                       golongan bukan Islam sebagai sebagai golongan 'Dhimmi', AMANAH

                       berpegang kepada ‘Fiqh Muwathonah’ yang lebih kontemporari,
                       kerana  negara-bangsa  ini  punya  naratif  sejarah  penubuhan  serta
                       kemerdekaan yang amat berbeza dan unik.



                82.!   Parti Amanah Negara (AMANAH)  adalah satu usaha terjemahan
                       Gerakan Islam dalam dunia kontemporari. Kami bercita-cita untuk

                       membangunkan  “Pembinaan sebuah Negara Madani (Civil State)
                       Yang Melindungi Hak-Hak Warganegara seluruhnya, Bukannya Negara
                       Agama  yang  Menjaga  Kepentingan  Orang-orang  Beriman  semata-

                       mata”  seperti dilontarkan oleh seorang tokoh intelektual Islam

                       kontemporari Prof Dr Louay Safi dalam tulisannya ‘Linas’a ila  Bina’
                       Daulah Madaniyyah Tahmi Huquq al-Muwathinin, La Daulah Diniyyah
                       Tar’a Masolih al-Mukminin’.



                83.!   Sejak awal lagi, tidak cenderung mengklasifikasikan Perlembagaan
                       Persekutuan sebagai 'Sekular' atau menuntut supaya Perlembagaan

                       dilslamkan dengan 'Bersyahadah' terlebih dahulu, seperti yang dituntut
                       sesetengah pemikir fahaman politik lslam yang ekstrim dan melampau.





               PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
       18
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25