Page 16 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 16
MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15
MENGEMBALIKAN MANDAT RAKYAT DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT
60.! Mungkin sedikit penjelasan terhadap agenda ini adalah
perlu. Sejujurnya, kita sememang terasa rasa kecewa kerana hilang
kerajaan, tetapi tidaklah hanya kerana hilang jawatan Menteri atau
Timbalan Menteri atau pun Ketua Menteri dan kedudukan EXCO
sebegitu sahaja. Itu sudah menjadi rempah ratus dan asam garam
perjuangan yang terpaksa kita tanggung.
61.! Namun apa yang lebih mengecewakan dan serius lagi, adalah betapa
segala program Reform dan Penambahbaikan yang telah kita
mulakan hampir seluruhnya kini tergendala. Rakyat ternafi dari
mendapat menafaat dan hasil kerja-buat yang baru dimulakan
Kerajaan PH buat membina semula negara dengan memacu agenda
‘Kemakmuran Bersama’ buat seluruh rakyat.
62.! Negara baru sahaja menyerlahkan erti sebuah negara-bangsa yang
memahami nikmat mengecapi kesepaduan, kesaksamaan dan
keharmonian antara agama, bangsa dan budaya. Negara mula
memahami makna perkongsian kemakmuran antara yang berada
dan kurang berada. Sejak itu, frasa ‘B-40’ menjadi masyhur sebagai
satu tanda aras pembelaan rakyat berpendapatan rendah, dalam
agenda besar ‘Kemakmuran Bersama’ dan agihan kekayaan negara
secara lebih adil dan bermakna.
63.! Bukti jelas daripada kesungguhan Kerajaan PH membanteras Korupsi
dan Salah-Kuasa serta meningkatkan Ketelusan dalam Tadbir-Urus
adalah apabila ‘Transparency International’ mengangkat Malaysia ke
kedudukan 51 daripada kedudukan 2018 ditangga 61 dari 180 negara
dalam “Indeks Persepsi Korupsi” (Corruption Perception Indexs).
Malaysia melonjak 10 mata-tangga!
(
PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
14