Page 14 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 14

MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15



               MENGIMBAU PENCAPAIAN AMANAHDAN PH DALAM PRU-14 LALU.



               Para Perwakilan yang dihormati sekalian.#


                52.!   Ya,  Parti Amanah Negara (AMANAH)  baru berusia 5 tahun! Namun

                       pada usia semuda ini, AlhamdulilLah, parti yang bertekad berdiri di atas
                       pegangan lslam yang Rahmah dan lnklusif serta menolak fahaman

                       ekstremisme  agama  ini,  semakin  mendapat  tempat  di hati  rakyat
                       Malaysia. Golongan pertengahan yang berfikir dan  kritikal, samada

                       dari etnik Melayu-lslam atau juga dari etnik kaum Cina, India, Kadazan,
                       Dusun, Murut dan kaum Bumiputera yang lain, semakin memberi

                       sokongan kepada parti kita.


                53.!   Bukan mudah buat kepimpinan untuk mengemudi kapal dalam lautan
                       yang sentiasa bergelora. Namun hasil berkat doa dan usaha gigih yang

                       berterusan,  AMANAHmelafazkan syukur, bersama-sama dengan
                       rakan-rakan Pakatan Harapan+, ketika dinobat sebagai Kerajaan

                       Persekutuan dalam PRU ke-14 yang lalu.


                54.!   Kita masih ingat pada setiap detik dan saat cemas dan mendebarkan,
                       samada       tatkala     berunding       tentang      kerusi    dan     jawatan,

                       AMANAHbersedia  'berkompromi',  bertolak-ansur'  bahkan  'berkorban'
                       dan  memberi  laluan  kepada  rakan-rakan  dalam  PH+,  buat

                       memastikan kelangsungan dan survival kesepakatan dan kesepaduan
                       'Grand  Coalition'  yang  akan  mampu  bertahan  sehingga  ke  garis

                       penamat.


                55.!   Tidak keterlaluan, kalau parti semuda ini membuat perbandingan
                       pencapaiannya, berbanding parti-parti yang lebih besar dan punya

                       tokoh-tokoh tersohor yang pernah memimpin di persada politik tanah
                       air.  Memenangi 11 kerusi Parlimen dan mempunyai 33 anggota Ahli

                       Dewan Undangan (ADUN) di beberapa negeri bukanlah satu
                       pencapaian yang kecil.  AMANAHmempunyai wakil-wakil rakyat di

                       dewan undangan negeri Johor, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan,
                       Melaka, Pulau Pinang dan Perak.






               PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
       12
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19