Page 10 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 10
MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15
30.! Kedudukan Muhyiddin sentiasa diancam dan diserang, bukan sahaja
oleh lawan, bahkan juga oleh 'kawan-kawan baru’ mereka. Fenomena
yang dianggap sebagai sebagai 'PM under siege' atau ‘PM under
attack’ berterusan tanpa henti, menjadikan beliau sentiasa terdedah
kepada kegiatan ugutan atau 'blackmail', lantas tidak mampu
menumpu untuk menstabilkan negara ini.
31.! Kuncu-kuncu Umno khususnya, sangat licik bermain kayu-tiga, dalam
sengketa dan kemelut yang tidak berkesudahan. Banyak ‘sogokan’
yang telah mereka kecapi dan diberikan oleh Muhyiddin. Keadaan ini
membolehkan Perikatan Nasional sentiasa menang apabila
‘pertarungan angka’ di Parlimen dilakukan.
32.! Terdahulu, rakyat melihat sebuah 'Kabinet bersaiz XXL' dibentuk
dengan jumlah Menteri dan Timbalan, melebihi 70 anggota iaitu
terbesar dalam sejarah serta memakan wang pembayar cukai yang
tinggi. Ini bukti bahawa Muhyiddin sentiasa dihantui “Fobia” atau
“Ketakutan”.
33.! Justeru tidak diizinkan sesiapa pun ahli Parlimen PN atau dari Muafakat
Nasional untuk berhijrah demi pembaikan. Untuk memastikan tidak
digulingkan, maka diberikan jawatan-jawatan memimpin GLCs dan
GLICs, sekaligus menyingkirkan golongan profesional dan korporat
yang kompeten yang telah dilantik semasa Kerajaan PH. Sebaliknya,
Muhyiddin meletakkan ahli-ahli Parlimen yang tiada kepakaran
mahupun kesahihan tahap pendidikan tinggi.
34.! Hal ini amat mengecewakan pengamat politik dan para penganalisis
serta rakyat terbanyak. Apa yang pasti, pemberian jawatan kepada
golongan yang tidak berkeupayaan seperti dilakukan oleh PN adalah
bertentangan dengan prinsip Islam yang menekankan
tanggungjawab dan AMANAH berdasarkan kepada keupayaan dan
kelayakan.
(
PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
8