Page 5 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 5

MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15



                 %"!   Masa untuk mengukur pencapaian seluruh parti-organisasi serta

                       pengalaman  pahit-manis  kita  bersama  dalam  wadah  Politik  koalisi
                       Pakatan Harapan, yang kita dukungi bersama untuk sekian lama. Ini
                       adalah penting buat kita terus merancang untuk mendepani cabaran-

                       cabaran  sengit  yang  bakal mendatang,  khasnya  dalam  PRU  ke-15

                       nanti.#



               HIMPITAN 3 KRISIS SERENTAK – KRISIS PANDEMIK COVID-19



                 4.!   Konvensyen  kali  ini,  kita  anjurkan  dalam  suasana  dunia  dibelenggu
                       sebuah Pandemik yang paling getir dan dahsyat dalam kurun ke-21.
                       Pertemuan kali ini, lebih khusus lagi, terpaksa kita adakan ketika rakyat

                       dan negara bergelut dengan himpitan serentak 3 krisis, yang bakal

                       menjadi lebih kritikal dan parah, andainya tidak ditangani dengan
                       berkesan dan bijak dalam waktu terdekat ini.


                 5.!   Pertama,  pastinya  adalah  ‘Krisis  Pandemik  COVID-19’, yang telah
                       mengorbankan lebih daripada 1.7 juta nyawa manusia seantero dunia

                       dengan kes infeksi melebihi 80 juta warga manusia, sementara
                       Malaysia mencatatkan kematian melebihi 420 kematian dengan

                       angka kes positif  100,000 yang melepasi China sebagai ‘epicentre’
                       Pandemik COVID-19 ini.


                 6.!   Memerhatikan  gelombang  ketiga  yang  melanda  negara  ketika  ini

                       yang pernah mencatat kes terbanyak melebihi 2,234 sehari, pastinya
                       amat membimbangkan.  Hal ini  sekaligus mengisyaratkan kegagalan

                       Kerajaan Perikatan Nasional untuk menangani penularan dengan lebih
                       pantas dan berkesan.


                 7.!   Berbeza pula dengan  Thailand,  yang dipuji Pertubuhan Kesihatan

                       Sedunia, WHO, kerana pendekatan  'Whole of  Government'

                       (Penggemblengan Seluruh Kerajaan),  yang  melibatkan pelbagai
                       Kementerian dan agensi-agensi kerajaan.









               PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
       3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10