Page 8 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 8

MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15



                19.!   Pengkhianatan ini langsung tidak mempedulikan kesan buruk kepada

                       kelangsungan kestabilan dan kemakmuran negara. Selama 22 bulan
                       Kerajaan Persekutuan daripada Pakatan Harapan berusaha
                       memulihkan negara melalui tadbir urus baik (good governance) dan

                       reformasi pentadbiran, ranaplah semuanya akibat makar jahat

                       daripada kumpulan pengkhianat ini.


                20.!   Kini, negara terus dicengkam  dengan  suasana  tidak  stabil,  tidak
                       menentu dan  sukar untuk ditentukan  keabsahan atau legitimasi
                       kerajaannya. Semua ‘Usul Tidak Percaya’, khasnya dari YBM Tengku

                       Razaleigh, ditolak kerana bersifat ‘Usul Persendirian’ (Private Members

                       Bill) yang tidak boleh mengatasi ‘Urusan Kerajaan’ kononnya.


                21.!   Dari segi perlembagaan, tiada peruntukan di dalam Tatacara Tetap
                       (Standing Orders) yang boleh menghalang  usul ini daripada
                       dibentangkan. Cadangan Speaker agar usul ini mendapat persetujuan

                       Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

                       untuk membenarkan Usul ini mendahului ‘Urusan Kerajaan’ melanggar
                       Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.


                22.!   Dewan Rakyat adalah sebuah badan bebas dan berautonomi. Tidak
                       sewajarnya institusi mulia ini cuba dikawal oleh Badan Eksekutif atau

                       mana-mana pihak berkuasa.


                23.!   Dengan kebebasan dan autonomi yang dijamin inilah, maka Dewan

                       Rakyat  akan  benar-benar mewakili  suara  rakyat jelata seperti yang
                       dimaksudkan dalam Perlembagaan Persekutuan.


                24.!   Kebebasan Dewan Rakyat daripada sebarang pengaruh juga
                       mencerminkan amalan demokrasi berperlembagaan  yang matang

                       dan cemerlang.
















               PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
       6
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13