Page 111 - APP KKR 2023
P. 111
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
2.3.2 Projek-projek kerja yang telah ditenderkan boleh dipecah kecil kepada beberapa
pakej dan dipelawa secara tender sekiranya memenuhi kriteria berikut:
a) Projek terdiri daripada pakej kerja yang memerlukan kepakaran khusus selaras
dengan bidang-bidang pengkhususan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB);
b) Kerja-kerja khusus yang perlu mematuhi standard atau keperluan kejuruteraan
yang ditetapkan;
c) Keperluan untuk menyiapkan projek dengan segera melibatkan penyampaian
perkhidmatan yang kritikal kepada orang awam;
d) Tidak menyebabkan pertambahan siling peruntukan yang disediakan bagi
projek berkenaan;
e) PTJ berkeupayaan untuk menyelaras dan menyelia projek dengan cekap dan
berkesan;
f) Perancangan pakej secara berasingan hendaklah mendapat kelulusan
Lembaga Perolehan bagi setiap pindaan perancangan pakej tender asal. Setiap
perakuan tender hendaklah diputuskan oleh Lembaga Perolehan Kementerian
mengikut had nilai tender; dan
g) Kementerian/ Jabatan/ PTJ hendaklah memastikan setiap pakej projek
terhadap kesempurnaan projek dijelaskan sepenuhnya dalam kontrak.
2.4 Penyediaan Spesifikasi
2.4.1 Ahli Jawatankuasa Spesifikasi dilantik oleh Ketua Jabatan yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya tiga (3) pegawai yang mahir dan berkelayakan bagi
menyediakan spesifikasi umum/ khusus/ teknikal bagi setiap perolehan.
2.4.2 Jawatankuasa Spesifikasi diberi tempoh masa secukupnya dan bersesuaian
dengan perolehan yang dilakukan bagi mewujudkan spesifikasi yang sempurna
dan jelas.
2.4.3 Butiran spesifikasi hendaklah mematuhi perkara berikut:
a) Spesifikasi seperti warna, saiz, bentuk, kualiti, pembungkusan, nisbah
kandungan dan butir-butir lain hendaklah jelas supaya tidak menimbulkan
keraguan kepada pembekal;
b) Skop dan spesifikasi bagi perolehan perkhidmatan dinyatakan dengan jelas dan
terperinci;
110