Page 108 - APP KKR 2023
P. 108
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
1 PENGENALAN PEROLEHAN
1.1 Perolehan bekalan/ perkhidmatan hendaklah diuruskan dengan cekap, teratur dan
sempurna mengikut peraturan dan tatacara perolehan Kerajaan yang sedang berkuat
kuasa iaitu:
1.1.1 Pekeliling Perbendaharaan PK 1 : Punca Kuasa, Prinsip dan Dasar Perolehan
Kerajaan
1.1.2 Pekeliling Perbendaharaan PK 2 : Kaedah Perolehan Kerajaan
1.1.3 Pekeliling Perbendaharaan PK 3 : Perolehan Perunding
1.1.4 Pekeliling Perbendaharaan PK 4 : Pentadbiran Kontrak Dalam Perolehan
Kerajaan
1.1.5 Pekeliling Perbendaharaan PK 5 : Perolehan Secara Elektronik
1.1.6 Pekeliling Perbendaharaan PK 6 : Kemudahan Pembiayaan Dalam Perolehan
Kerajaan
1.1.7 Pekeliling Perbendaharaan PK 7 : Pengecualian Daripada Tatacara Perolehan
Kerajaan
1.1.8 Pekeliling Perbendaharaan PK 8 : Tindakan Tatatertib Ke Atas Syarikat Dalam
Perolehan Kerajaan
1.1.9 Pekeliling Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Bilangan 3 Tahun
2009: Garis Panduan Perlaksanaan Pengurusan Nilai (Value Management)
1.2 Pengurusan Nilai (Value Management) perlu dilaksanakan bagi program dan projek yang
bernilai RM50 juta ke atas. Walau bagaimanapun, Kementerian dan Agensi digalakkan
menggunakan pendekatan Pengurusan Nilai bagi projek yang kurang dari RM50 juta
dengan syarat ianya tidak menjejaskan pelaksanaan projek berkenaan. Di samping itu, Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) boleh menetapkan
penggunaan pendekatan ini bagi mana-mana program dan projek yang difikirkan sesuai.
1.3 Semua PTJ yang eP-enabled hendaklah memastikan penggunaan sistem ePerolehan
(eP) sepenuhnya bagi perolehan bekalan/ perkhidmatan bukan perunding dilaksanakan
melalui sistem eP selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PK5.1.
1.4 Bagi perolehan bekalan/ perkhidmatan bukan bermasa yang bernilai melebihi RM500,000
PTJ hendaklah mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dan disusuli dengan dokumen
kontrak komprehensif dalam tempoh empat (4) bulan selepas SST ditandatangan balas
oleh syarikat. Walau bagaimanapun, sekiranya pembayaran dibuat secara one-off dan
tempoh kontrak tidak melebihi empat (4) bulan, PTJ adalah dibenarkan untuk
mengeluarkan SST tanpa dokumen kontrak tertakluk telah mendapat persetujuan
107