Page 105 - APP KKR 2023
P. 105
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
20.26 Bagi pertukaran pegawai yang melibatkan pejabat perakaunan yang berlainan pula:
20.26.1 Bahagian/ Unit Kewangan hendaklah menyediakan Borang Perubahan Gaji
(Kew.320 Pin.1/2019) dan mengemaskini dalam Sistem Emolumen Berkomputer
beserta dokumen sokongan lengkap tidak lewat daripada lima (5) hari bekerja
dari tarikh Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai
(Kew.8-Pin.10/96) dan Penyata Mengenai Peribadi, Perkhidmatan dan Gaji
(PR.JPA 2-Pin.1/96) tanpa menunggu tempoh dua (2) bulan gaji berikutnya.
Pastikan maklumat adalah tepat dan betul.
20.27 Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan lebihan/ kurangan bayaran emolumen
(sekiranya berlaku) diambil tindakan pembetulan/ kutipan bayaran balik emolumen
segera.
20.28 Potongan Bagi Bayaran Balik Terlebih Emolumen
(i) PTJ/ PC hendaklah mengutip Bayaran Balik Terlebih Emolumen sama ada melalui
bayaran penuh atau Pendahuluan Diri bagi bayaran secara ansuran.
(ii) Pastikan Emolumen Terlebih Bayar direkodkan sebagai Akaun Belum Terima (ABT)
dan bayaran balik emolumen terlebih bayar hendaklah direkodkan dalam daftar yang
telah ditetapkan. PTJ/ PC hendaklah memastikan rekod ABT diselenggara dengan
baik selaras dengan SPANM Tatacara Pengurusan Terimaan yang berkuat kuasa.
ABT bagi emolumen terlebih bayar hendaklah direkodkan dalam kategori ABT Hutang-
hutang Lain.
20.29 Mendapatkan Balik Pembayaran Terlebih Emolumen Dengan Ansuran
(i) Selaras dengan Pindaan AP327(b) pembayaran balik emolumen terlebih bayar secara
ansuran bulanan boleh dibenarkan setelah mendapat kebenaran Pegawai Pengawal
dengan syarat bayaran balik sepenuhnya dilakukan dengan secepat mungkin dan
tidak lewat dari enam bulan (60) bulan selepas bayaran itu diketahui atau sebelum
pegawai itu meninggalkan perkhidmatan Kerajaan mengikut mana yang lebih awal.
(ii) Pegawai boleh membuat pembayaran balik melebihi enam bulan (60) bulan selepas
mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pihak Berkuasa
Kewangan Negeri, mengikut mana yang berkenaan.
(iii) Setelah kelulusan diperolehi, permohonan pendahuluan diri hendaklah dilakukan
daripada Akaun Kumpulan Wang Pendahuluan Diri (Pegawai Awam) atas nama
pegawai berkenaan bagi melaraskan akaun gaji. Ansuran bulanan hendaklah
dikreditkan kepada Akaun Kumpulan Wang Pendahuluan Diri pegawai berkenaan
selaras dengan SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran berkuat kuasa.
(iv) Proses bayaran balik pendahuluan diri melalui Sistem Emolumen Berkomputer
dilaksanakan diperingkat Bahagian Akaun, Kementerian. Rujuk MPK Loans
Management System (LMS) – Employee’s Loan And Advance (LMS-ELA). Bahagian/
104