Page 102 - APP KKR 2023
P. 102
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
20.2 Tarikh emolumen dibayar kepada pegawai awam selaras dengan AP105, seperti jadual
yang diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia dan dimaklumkan oleh JANM melalui
SPANM Tarikh dan Peraturan Bayaran Gaji yang berkuat kuasa.
20.3 Semua PTJ bertanggungjawab mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320) bagi
mewujud, meminda atau membatal maklumat peribadi, emolumen dan potongan (tidak
melibatkan pengemaskinian secara automatik) di dalam Sistem Emolumen Berkomputer
beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan.
20.4 Pengasingan dan pusingan tugas hendaklah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap
integriti dan ketelusan proses bayaran emolumen dengan memastikan pegawai yang
menyediakan dokumen kewangan hendaklah berlainan dengan pegawai yang
mengesahkan.
20.5 Memastikan bayaran emolumen adalah pertanggungan yang sepatutnya kepada item
berikut:
i. Kod Pegawai Pengawal;
ii. Kod Kumpulan PTJ & PTJ Pembayar;
iii. Pusat Pembayar; dan
iv. Program/Aktiviti atau Projek atau akaun yang dinyatakan.
20.6 PTJ/ PC hendaklah memastikan proses penyediaan dokumen untuk pembayaran
emolumen dibuat mengikut Jadual Tarikh Proses Gaji yang ditetapkan oleh Pejabat
Perakaunan (AO).
20.7 PTJ perlu mengunci masuk maklumat Borang Perubahan Gaji (Kew.320–Pin.1/2019)
yang telah disahkan ke dalam Sistem Emolumen Berkomputer. Pastikan maklumat yang
dikunci masuk tepat dan betul.
20.8 Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) perlu disediakan oleh PTJ/ PC bagi
mewujud, meminda atau membatal maklumat peribadi, emolumen dan potongan (tidak
melibatkan pengemaskinian secara automatik) di dalam Sistem Emolumen Berkomputer
berasaskan dokumen sokongan berkaitan.
20.9 Penyedia, penyemak dan pengesah perlu memastikan:
i. Maklumat yang dikunci masuk dalam Sistem Emolumen Berkomputer adalah tepat dan
betul;
ii. Pengiraan dan amaun bayaran adalah tepat dan betul;
iii. Tarikh mula dan tarikh akhir bayaran adalah tepat dan betul; dan
iv. Ruangan ‘Disahkan/ Disemak/ Disahkan oleh’ PTJ dilengkapkan.
20.10 Pegawai Penyemak bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan Laporan Edit
Pembayaran Gaji dengan Borang Perubahan Gaji (Kew.320–Pin.1/2019) bagi
memastikan maklumat yang dikunci masuk tepat dan betul.
101