Page 106 - APP KKR 2023
P. 106
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
Unit Kewangan hendaklah menyemak dan memastikan potongan gaji pegawai awam
berjaya dilaksanakan.
20.30 Mendapatkan Balik Bayaran Terlebih Emolumen Dengan Bayaran Penuh
(i) Bayaran Balik Emolumen Terlebih Bayar Dengan Bayaran Penuh boleh dikutip melalui
saluran terimaan kaunter atau potongan gaji pada amaun penuh.
(ii) Jika melalui potongan gaji pada amaun penuh, Bahagian/ Unit Kewangan hendaklah
menyediakan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) dan mengemaskini
dalam Sistem Emolumen Berkomputer berserta dokumen sokongan lengkap.
20.31 Sekiranya terdapat arahan tahan gaji yang dimohon oleh PTJ di bank, penahanan gaji
hanya dibuat bagi gaji bersih pegawai. PTJ/PC adalah bertanggungjawab membuat
kutipan potongan yang telah dibuat kepada agensi potongan gaji daripada pegawai awam
yang terlibat dan direkodkan sebagai Akaun Belum Terima (ABT) tertakluk kepada
SPANM Tatacara Pengurusan Terimaan yang berkuat kuasa.
21 PENUTUPAN AKAUN TAHUN 2023
21.1 Ketua Jabatan hendaklah sentiasa memastikan tidak berlaku sebarang perbelanjaan tanpa
peruntukan atau perbelanjaan melebihi peruntukan. Semua pembayaran bagi tahun 2023
mestilah diselesaikan dalam tahun kewangan 2023 juga.
21.2 Ketua Jabatan hendaklah mematuhi tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh Bahagian
Akaun bagi melancarkan penutupan akaun interim dan akhir tahun.
105