Page 101 - APP KKR 2023
P. 101
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
Sewa Kenderaan Sewa Kenderaan Konsesi Spanco B0224305
(Akaun pukal bagi Cukai Perkhidmatan Atas Kos B0224306
setiap kenderaan) Sewa Kenderaan Konsesi Spanco
Penyelenggaraan Kenderaan Konsesi Spanco B0228307
Kenderaan Cukai Perkhidmatan Kos B0228308
(Akaun pukal hanya Pembaikan & Sengaraan
sekali bagi Konsesi Spanco
keseluruhan pajakan
sewaan)
18.17 Bagi mengakaun dan melaporkan transaksi kewangan dan perakaunan asas akruan PTJ
boleh merujuk Penyelarasan Kod Carta Akaun Akruan (CAA) kemaskini September 2022
melalui Rujukan emel: KKR.400-3/1/10 Jilid 2 (30) bertarikh 6 September 2022 dan
jika terdapat sebarang pengemaskinian kod, pihak BA akan membuat pemakluman
secara emel kepada PTJ.
19 PENGURUSAN ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT)
19.1 Pembayaran yang dilakukan menerusi sistem kewangan Kerajaan Persekutuan adalah
menggunakan kaedah EFT (electronic fund transfer - iaitu secara pindahan terus ke akaun
bank penerima) dan cek.
19.2 Pembayaran melalui EFT hendaklah diberi keutamaan kerana ia akan mempercepatkan
pembayaran dikredit ke akaun pembekal/ penuntut bayaran.
19.3 Bayaran yang tidak berjaya dikreditkan ke akaun penerima akan mengakibatkan ia
dikembalikan semula ke KKR dan diakaunkan ke Akaun Deposit EFT Terbatal
(L1121102). PTJ perlu segera menghubungi pembekal dan mengambil tindakan
penggantian bayaran tersebut dengan kadar segera dalam tempoh tujuh (7) hari selaras
dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2018 (Tatacara
Pengurusan Bayaran).
19.4 PTJ perlu menyemak Laporan EFT Batal Belum Diganti secara harian dan segera
membuat penggantian tanpa perlu menunggu surat pemakluman dari Bahagian Akaun
KKR.
20 PENGURUSAN GAJI
20.1 Semua pembayaran gaji diakaunkan oleh PTJ melalui Pusat Gaji masing-masing. Semua
PTJ bertanggungjawab memastikan pembayaran gaji penjawat awam dibuat melalui
Sistem Gaji Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran gaji melalui Arahan
Pembayaran bagi kes-kes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan hendaklah
diperolehi terlebih dahulu.
100