Page 98 - APP KKR 2023
P. 98
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
17.4 Selaras dengan AP87(b), apa-apa amaun pulangan balik antara RM1,000 hingga
RM50,000 perlu mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal. Manakala pulangan balik
bagi amaun melebihi RM50,000 hendaklah mendapatan kelulusan daripada Ketua
Setiausaha Perbendaharaan.
17.5 Bahagian Akaun akan membuat semakan dan mendapatkan kelulusan Pegawai
Pengawal/ Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
17.6 Bagi permohonan dari PTJ di JKR Negeri/ Daerah, Bahagian Akaun akan mengemukakan
semula permohonan yang telah diluluskan kepada PTJ untuk tindakan pembayaran oleh
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri/ Cawangan.
17.7 Bagi PTJ di bawah Pejabat Perakaunan KKR, Bahagian Akaun akan menyediakan Arahan
Pembayaran setelah kelulusan diperoleh.
18 PENGURUSAN BAYARAN
18.1 PTJ hendaklah mematuhi tatacara pembayaran seperti yang telah digariskan dalam
SPANM Bil. 7 Tahun 2018 mengenai Tatacara Pengurusan Bayaran.
18.2 Bagi membolehkan bayaran dilakukan, PTJ perlu dilengkapi dengan kemudahan portal
iGFMAS beserta capaian sistem iGFMAS berdasarkan penurunan kuasa AP11 dari
Pegawai Pengawal.
18.3 Prinsip pengasingan tugas hendaklah dipatuhi bagi meningkatkan tahap integriti dan
ketelusan proses bayaran serta penggunaan token yang perlu dikawal dan tidak
disalahgunakan.
18.4 Penggunaan token hendaklah mematuhi Seksyen 43, 44 dan 45 Akta Tandatangan Digital
1997 (Akta 562) antaranya:
18.4.1 Penggunaan token perlu dikawal dan tidak disalahgunakan.
18.4.2 Penggunaan token dan ID pengguna oleh orang lain adalah dilarang;
18.4.3 Setiap pemilik token adalah bertanggungjawab merahsia dan menjaga kod
Personal Identification Number (PIN) serta menyimpan token di tempat yang
selamat; dan
18.4.4 Dokumen kewangan yang diperaku dengan tandatangan digital tidak perlu
ditandatangani secara manual pada dokumen cetak (hardcopy).
18.5 Selaras dengan AP 54, PTJ bertanggungjawab memastikan peruntukan adalah
mencukupi dan bayaran itu dipertanggungkan kepada Program/ Aktiviti atau Projek yang
sepatutnya.
18.6 Pembayaran hanya boleh dilakukan berdasarkan kepada dokumen sokongan yang asal
dan perlu disahkan oleh pegawai yang dibenarkan.
97