Page 93 - APP KKR 2023
P. 93
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
15.2.3 Selepas Mendapatkan Kelulusan Pemusnahan:
i. Semua rekod kewangan dan perakaunan yang telah diluluskan pemusnahan
hendaklah dimusnahkan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat
kelulusan.
ii. Musnahkan rekod kewangan dan perakaunan berdasarkan garis panduan
yang telah ditetapkan oleh surat Kementerian Kewangan rujukan KB
557/97/54 Jld. 4(47) bertarikh 3 November 1993. Kaedah pemusnahan rekod
sama ada dirincih, dijual atau ditanam boleh digunakan manakala kaedah
dibakar perlu mematuhi peraturan berkaitan alam sekitar yang berkuat kuasa.
Penggunaan mesin "incinerator" digalakkan bagi memastikan semua rekod
musnah sepenuhnya.
iii. Kemukakan Borang Penentusahan Rekod Kewangan dan Perakaunan
(Kewangan - Arkib 13/08) kepada Arkib Negara Malaysia, Jabatan Audit
Negara dan Bahagian Akaun, Kementerian Kerja Raya dalam tempoh satu (1)
bulan selepas pemusnahan dilaksanakan.
16 PENGURUSAN TERIMAAN
16.1 PTJ/ PP hendaklah memastikan hanya pegawai yang diberi Penetapan Kuasa Dan
Tugas oleh Pegawai Pengawal di bawah AP11 dan Kebenaran Khusus Secara Bertulis
sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan tugas berkaitan tatacara pengurusan
terimaan.
16.2 Pengasingan dan pusingan tugas hendaklah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap
integriti dan ketelusan proses terimaan.
16.3 PTJ/ PP hendaklah memastikan invois dikeluarkan kepada pelanggan bagi transaksi
jualan/ perkhidmatan yang diberikan di mana terimaan akan diperakaunkan kepada kod
akaun hasil selaras dengan MPSAS 9 Hasil Daripada Urus Niaga Pertukaran.
16.4 Kaedah terimaan yang dilaksanakan di KKR adalah seperti berikut:
16.4.1 Kutipan di kaunter/ secara mel
Terimaan yang diterima melalui saluran kaunter atau mel (pos atau penghantar)
menggunakan mod terimaan seperti tunai, deraf bank/ banker’s cheque, kiriman
wang, wang pos dan cek (Cek Persendirian adalah tidak dibenarkan).
16.4.2 Pindahan Dana Elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) oleh Agensi
Kerajaan
92