Page 97 - APP KKR 2023
P. 97
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
i. Bagi cek/ deraf bank gantian, nombor Resit Rasmi asal (baharu) hendaklah
dijana dengan memilih nombor Resit Rasmi Asal di medan Nombor Resit
Rasmi Batal.
ii. Bagi kiriman wang/ wang pos gantian, pastikan tindakan pelarasan telah
dilaksanakan oleh Pejabat Perakaunan sebelum Resit Rasmi baharu
disediakan.
16.20.3 Jana dan semak Laporan Daftar Cek Tak Laku Dengan Gantian dan Laporan
Daftar Cek Tak Laku. Pastikan maklumat cek/ deraf bank gantian telah
dikemaskini. Kemaskini maklumat kiriman wang/ wang pos gantian pada Daftar
Cek Tak Laku manual.
16.21 Jika PTJ/ PP dapat mengenal pasti Cek Tak Laku setelah Resit Rasmi dikeluarkan dan
sebelum dimasukkan ke dalam bank, PTJ/ PP hendaklah mengambil tindakan untuk
membatalkan Resit Rasmi melaui Baucar Jurnal dan menuntut penggantian dengan
segera.
16.22 PTJ/ PP perlu menyediakan Senarai Cek Tak Laku Yang Belum Diganti/ Laporan Daftar
Cek Tak Laku untuk menyokong Penyata Tunggakan Hasil seperti pada 30 Jun dan 31
Disember setiap tahun seperti di Lampiran E2 dalam SPANM Bil. 3 Tahun 2019 dan
melaporkannya kepada Pegawai Pengawal dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam
persekitaran Sistem iGFMAS bagi Cek/ Draf Bank Tak Laku, PTJ/ PP boleh menjana dan
menyemak Laporan Daftar Cek Tak Laku Tanpa Gantian.
16.23 PTJ bertanggungjawab untuk melaporkan cek tak laku tersebut di dalam Laporan Akaun
Belum Terima ke Bahagian Akaun.
17 PENGURUSAN BAYARAN BALIK HASIL
17.1 Bayaran Balik Hasil (BBH) adalah bayaran balik apa-apa terimaan yang telah dikreditkan
ke dalam Akaun Hasil Kerajaan selaras dengan Arahan Perbendaharaan - AP87(b).
17.2 Peruntukan BBH adalah peruntukan yang diterima daripada Jabatan Akauntan Negara
Malaysia (JANM) mengikut permohonan yang dibuat oleh Bahagian Akaun.
17.3 PTJ perlu mengemukakan Borang Permohonan berserta dokumen sokongan yang
lengkap ke Bahagian Akaun KKR dengan merujuk Lampiran D kepada Surat Pekeliling
Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2019.
96