Page 95 - APP KKR 2023
P. 95
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
16.9 Pembatalan Resit Rasmi asal hendaklah dibuat melalui Baucar Jurnal. Penyedia Baucar
Jurnal pembatalan Resit Rasmi hendaklah berbeza dengan pegawai yang mengeluarkan
Resit Rasmi.
16.10 Resit Rasmi asal yang dibatalkan hendaklah ditandakan sebagai BATAL dan salinannya
perlu dikemukakan kepada Bahagian Akaun Kementerian semasa mengemukakan DAT
bulanan bagi tujuan pengauditan.
16.11 Juruwang hendaklah memastikan wang tunai/ deraf bank/ wang pos/ kiriman wang/ cek
diserahkan kepada Penyelia dengan amaun dan bilangan yang betul seperti dalam
Laporan Serahan Wang.
16.12 Juruwang hendaklah memastikan serahan terimaan kepada Penyelia dilakukan pada hari
terimaan dibuat.
16.13 Penyelia hendaklah menyemak dan memperakui ketepatan serahan terimaan dengan
menurunkan tandatangan pada Laporan Serahan Wang.
16.14 Penyata Pemungut hendaklah disediakan dan dibuat Peraku I dan Peraku II seperti
berikut:
16.14.1 Penyata Pemungut Jenis C – Pungutan Diperbankkan dan Diperakaunkan (bagi
terimaan di kaunter/ mel)
16.14.2 Penyata Pemungut Jenis D – Pungutan yang Diperakaunkan Sahaja (bagi
terimaan EFT)
16.15 Semua terimaan di kaunter/ mel hendaklah dimasukkan ke bank dengan membawa
bersama Penyata Pemungut (Jenis C) yang telah dibuat Peraku I dan Peraku II seperti
berikut:
16.15.1 Hari yang sama bagi terimaan wang kertas dan duit syiling melebihi RM500;
16.15.2 Hari yang sama bagi jumlah pungutan (termasuk wang kertas, duit syiling, deraf
bank, wang pos, kiriman wang, cek) melebihi RM2,000; atau
16.15.3 Tidak lewat satu (1) minggu dari tarikh terima bagi cek yang berjumlah tidak
melebihi RM2,000.
94