Page 94 - APP KKR 2023
P. 94
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
16.4.2.1 Resit Rasmi hendaklah disokong dengan notis e-Maklum/
pengesahan bertulis yang diterima daripada Pejabat
Perakaunan.
16.4.2.2 PTJ/ PP hendaklah menyediakan Resit Rasmi apabila menerima
pengesahan bertulis mengenai transaksi daripada Pejabat
Perakaunan.
16.4.2.3 Resit Rasmi hendaklah dikeluarkan oleh PTJ/ PP pada tarikh
terima notis e-Maklum/ tarikh pengesahan bertulis daripada
Pejabat Perakaunan
16.4.2.4 Penyata Pemungut (Jenis D- Diperakaukan sahaja, Kod Akaun
- A0122101 Wang Tunai Belum Dibankkan) hendaklah disokong
dengan notis e-Maklum/ pengesahan bertulis yang diterima
daripada Pejabat Perakaunan.
16.5 PTJ/ PP hendaklah memastikan Resit Rasmi dikeluarkan kecuali bagi pembayaran yang
dibuat oleh pegawai awam dengan cara potongan pada baucar. Jika pembayar hadir
sendiri, Resit Rasmi mestilah diserahkan kepadanya dan jika terimaan melalui pos atau
penghantar, Resit Rasmi mestilah disediakan pada hari itu juga dan dihantar selewat-
lewatnya pada hari bekerja berikutnya.
16.6 Bagi terimaan melalui EFT, Resit Rasmi hendaklah disediakan apabila menerima
pengesahan bertulis mengenai transaksi daripada Pejabat Perakaunan dan disokong
dengan notis e-Maklum. Resit Rasmi hendaklah dikeluarkan oleh PTJ/ PP pada tarikh
terima notis e-Maklum/ tarikh pengesahan bertulis daripada Pejabat Perakaunan.
16.7 Sekiranya Resit Rasmi asal tidak dapat dikeluarkan atas sebab-sebab teknikal, Resit
Rasmi salinan hendaklah dicap ASAL dan diperaku sah oleh Ketua Jabatan atau pegawai
yang menerima Penetapan Kuasa dan Tugas.
16.8 Selaras dengan AP62, meminda resit adalah dilarang. Jika disebabkan sesuatu, Resit
Rasmi itu rosak dan tidak boleh dikeluarkan, ia mestilah jangan dimusnahkan tetapi
hendaklah dibatalkan dan disimpan. Resit Rasmi hanya boleh dibatalkan oleh pegawai
yang diberi Penetapan Kuasa Dan Tugas dan Kebenaran Khusus secara bertulis. Resit
Rasmi batal tersebut beserta salinannya dan Laporan Resit Rasmi Batal hendaklah
dikemukakan untuk diaudit.
93