Page 91 - APP KKR 2023
P. 91
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
ditetapkan. Peraturan sedia ada mengenai pengurusan rekod kewangan dan perakaunan
termaktub di dalam Arahan Perbendaharaan - AP150. Ia memperuntukkan bahawa
“semua buku dan rekod kewangan dan perakaunan hendaklah disimpan dengan cermat
sekurang-kurangnya selama tempoh yang ditetapkan di dalam Lampiran M kepada
Arahan Perbendaharaan - AP150. Tempoh ini telah mengambil kira keperluan
pengauditan dan siasatan. Buku dan rekod kewangan serta perakaunan hendaklah
dimusnahkan selepas tempoh minimum penyimpanan”. Jadual 2 menunjukkan contoh
rekod kewangan dan perakaunan yang disenaraikan dalam Lampiran M kepada Arahan
Perbendaharaan - AP150.
Jadual 2:
Tempoh Minimum Bagi Menyimpan Buku Dan Rekod Kewangan Serta Perakaunan
Buku atau Rekod Tempoh minimum penyimpanan
Lejar dan Rekod Khas, contohnya, Daftar 20 tahun selepas penyelesaian
Pinjaman Pejabat Hutang Awam dan Daftar akhir segala urusan dan
Pindah Milik penutupan akaun terakhir
dalamnya
Lejar Perakaunan Utama Perbendaharaan, 7 tahun selepas penyelesaian
Buku Wang Tunai, Jurnal Besar, Ringkasan akhir segala urusan dan
dan Lejar Kecil penutupan akaun terakhir
dalamnya
Sistem perakaunan Secara Manual:
7
i) Baucar Bayaran dengan kontrak
a
T
h
n
u
ii) Baucar-baucar lain 4 Tahun
Sistem Perakaunan Secara Elektronik:
4 Tahun
i) Penyimpanan dokumen secara hardcopy
termasuk baucar bayaran dengan kontrak
ii) Penyimpanan dokumen secara softcopy 7 Tahun
Penyata Pemungut termasuk resit rasmi 3 tahun
pendua
Buku Wang Tunai Harian, Buku Bayaran Pos 1 tahun
dan sebagainya
Pendua atau Kaunterfoil dalam bentuk buku Selepas penyelesaian akhir
tindakan atas segala borang asal
Laporan atau listing kecil komputer atau Selepas penyelesaian akhir
maklumat berkenaan yang di rekod dan tindakan atas laporan atau listing
disimpan secara makro grafik atau media kecil komputer
elektronik lain
15.2 PROSEDUR PEMUSNAHAN REKOD KEWANGAN DAN PERAKAUNAN
15.2.1 Sebelum Permohonan Kelulusan Pemusnahan:
90