Page 86 - APP KKR 2023
P. 86
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
13.10.6 PTJ adalah dinasihatkan untuk membuat Perakuan II Baucar Arahan
Pembayaran Rekupmen Panjar selewat-lewatnya lima (5) hari sebelum
penutupan akaun bulanan (hari terakhir bekerja pada bulan tersebut).
13.11 Penerimaan rekupmen
13.11.1 PTJ boleh memungut wang tunai rekupmen panjar di kaunter bank seawal tiga
(3) hari selepas tarikh EFT dan selewat-lewatnya empat belas (14) hari dari tarikh
EFT dengan membawa bersama Laporan Perincian Bayaran iGFMAS dari
sistem eMaklum dan juga kebenaran pegawai untuk menunaikan wang.
13.11.2 Sekiranya tiada Laporan Perincian Bayaran iGFMAS di dalam sistem eMaklum,
PTJ boleh memohon kepada Bahagian Akaun untuk mengeluarkan surat
Perincian Bayaran iGFMAS secara emel dengan menyertakan salinan Arahan
Pembayaran Rekupmen Panjar.
13.11.3 Dalam keadaan biasa, PTJ akan menerima notifikasi emel dari sistem eMaklum
bagi tujuan memungut wang tunai rekupmen panjar di kaunter bank. Sila cetak
Laporan Perincian Bayaran iGFMAS dari sistem eMaklum (seperti contoh di
bawah) dan bawa ke kaunter bank bersama dua (2) salinan Arahan
Pembayaran Rekupmen Panjar. Cetakan notifikasi dari emel tidak boleh
digunakan untuk memungut wang rekupmen panjar di kaunter bank.
85