Page 83 - APP KKR 2023
P. 83
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
13.5.2 Surat Permohonan hendaklah mengandungi maklumat dan dokumen
sokongan berikut:
i. Kod Kumpulan PTJ & PTJ Membayar;
ii. Kod Kumpulan PTJ & PTJ Dipertanggung;
iii. Kod Pejabat Perakaunan;
iv. ID Panjar;
v. Kod Vendor Panjar;
vi. Cadangan had apungan PWR baharu;
vii. Justifikasi permohonan;
viii. Trend perbelanjaan sebenar dan Laporan Buku Wang Runcit untuk tempoh
enam (6) bulan terdahulu;
ix. Penyataan sokongan daripada Bahagian Akaun; dan
x. Dokumen lain yang berkaitan.
13.6 Permohonan Pengurangan Apungan/ Penutupan Akaun Panjar
13.6.1 Pemegang Panjar bertanggungjawab memastikan apungan PWR diuruskan
dengan efisien.
13.6.2 Sekiranya penggunaan Panjar tidak selaras dengan keperluan maksud
perbelanjaan, atau mendapati amaun apungan sedia ada melebihi perbelanjaan
Panjar PTJ, Pemegang Panjar hendaklah memohon pengurangan apungan
Panjar.
13.6.3 Sekiranya tiada keperluan penggunaan Panjar, Pemegang Panjar hendaklah
memohon penutupan akaun Panjar.
13.6.4 PTJ bertanggungjawab mengemukakan permohonan pengurangan apungan/
penutupan PWR yang lengkap kepada Bahagian Akaun.
13.6.5 Surat Permohonan hendaklah mengandungi maklumat dan dokumen sokongan
berikut:
i. Kod Kumpulan PTJ & PTJ Membayar;
ii. Kod Kumpulan PTJ & PTJ Dipertanggung;
iii. Kod Pejabat Perakaunan;
iv. ID Panjar;
v. Kod Vendor Panjar;
vi. Cadangan had apungan PWR baharu (permohonan pengurangan apungan);
vii. Justifikasi permohonan;
82