Page 79 - APP KKR 2023
P. 79
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
12.5.4 Bahagian/ Jabatan yang tidak mempunyai ABT dan Tunggakan pada tarikh
laporan juga dikehendaki mengemukakan penyata tersebut dengan
memaklumkan TIADA ABT pada tempoh tersebut.
12.6 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN ABT EMOLUMEN DAN NSP
12.6.1 Berdasarkan senarai ABT di peringkat kementerian, didapati ABT bagi lebihan
bayaran gaji dan emolumen menyumbang kepada peratusan yang tinggi kepada
nilai ABT KKR.
12.6.2 Sehubungan itu, beberapa langkah-langkah perlu diambil oleh PTJ bagi
memastikan nilai ABT KKR dapat dikurangkan ke paras yang minima. Antara
langkah-langkahnya adalah:
12.6.2.1 Pegawai yang ingin membuat permohonan cuti tanpa gaji perlu
mengemukakan permohonan tersebut kepada BPSM selewat-
lewatnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh kuat kuasa cuti tanpa gaji
bagi mengelakkan emolumen terlebih bayar. Setelah kelulusan
diperolehi, kelulusan tersebut dikemukakan dengan segera oleh unit
sumber manusia kepada unit gaji Bahagian/ Jabatan bagi
membolehkan tindakan keluar sistem sementara (tahan gaji) dibuat
berdasarkan dokumen sokongan yang lengkap. Sekiranya tindakan
keluar sistem sementara (tahan gaji) tidak sempat dilakukan kerana
melepasi tempoh akhir kunci data gaji, Unit Kewangan setiap
Bahagian/ Jabatan perlu mengemukakan permohonan tahan gaji
kepada Seksyen Gaji, Bahagian Akaun bagi memastikan emolumen
tidak dibayar kepada pegawai.
12.6.3 Arahan penahanan gaji juga hendaklah dibuat bagi mengelakkan emolumen
terlebih bayar kepada pegawai yang dikenakan tindakan seperti di bawah:
(i) Pegawai yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah - dokumen yang
diperlukan bagi tujuan tahan gaji adalah:
a- Surat Arahan Hukuman Mahkamah.
b- Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai
(Kew.8-Pin.10/96) dan Penyata Mengenai Peribadi, Perkhidmatan dan
Gaji (PR. JPA 2-Pin.1/96).
(ii) Pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib - dokumen yang
diperlukan bagi tujuan tahan gaji adalah:
a- Surat Arahan Hukuman Tatatertib daripada Lembaga Tatatertib.
b- Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai
(Kew.8-Pin.10/96) dan Penyata Mengenai Peribadi, Perkhidmatan dan
Gaji (PR. JPA 2-Pin.1/96)
78