Page 74 - APP KKR 2023
P. 74
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
11.10 Penghantaran laporan
PTJ hendaklah menyemak dan mengesahkan maklumat dalam laporan adalah tepat dan
betul. Pengesahan hendaklah dilakukan dengan melengkapkan:
i) Sijil Pengesahan Baki
ii) Senarai Baki Mengikut Laporan Vot
iii) Rekod Pelarasan Vot
iv) Daftar Semakan Laporan Kewangan dan Perakaunan – Bayaran
v) Mengemukakan dokumen di atas kepada AO selewat-lewatnya pada 14 haribulan
bulan berikutnya
12 PENGURUSAN AKAUN BELUM TERIMA (ABT) DAN LANGKAH-LANGKAH
MENGURANGKAN ABT
12.1 MEWUJUDKAN TATACARA PERAKAUNAN ABT
12.1.1 Setiap tunggakan ABT perlu direkodkan dengan teratur supaya pegawai yang
melaksanakan kutipan dapat memantau jumlah ABT yang terkini dan mengambil
tindakan yang sewajarnya berdasarkan maklumat di dalam rekod berkenaan.
Amaun ABT dan Tunggakan hendaklah dibezakan. Akaun Subsidiari dan Akaun
Kawalan yang diwujudkan hendaklah mampu membezakan ABT dan Tunggakan.
12.1.2 Bagi tujuan itu, Ketua Jabatan hendaklah mewujudkan rekod perakaunan ABT
seperti yang digariskan oleh Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling
Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2019 serta memastikan rekod
sentiasa dikemas kini.
12.2 TANGGUNGJAWAB MENGUTIP TUNGGAKAN ABT
12.2.1 Arahan Perbendaharaan – AP53 menyatakan Pegawai Pengawal
bertanggungjawab melaksanakan kewajipan kewangan Kementerian masing –
masing dengan sempurna bagi memungut dengan sewajarnya segala Wang Awam
yang patut diterima oleh atau di bawah arahan mereka dan bertanggungjawab
sekiranya akaun yang dikemukakan oleh mereka atau di bawah kuasa mereka
didapati tidak betul.
12.2.2 Arahan Perbendaharaan - AP89(a) pula mempertanggungjawabkan Pegawai
Pengawal dan semua PTJ (Pemungut) bagi mengambil tindakan untuk memungut
semua ABT. Sebarang hutang lapuk untuk dihapuskira hendaklah mematuhi
Arahan Perbendaharaan - AP328.
12.2.3 Sehubungan itu, Ketua Jabatan dan pegawai yang melaksanakan kutipan
tunggakan ABT di Bahagian/ Jabatan hendaklah melaksanakan usaha
mendapatkan kembali hutang secara giat dengan menggunakan semua saluran
yang ada seperti berikut:
73