Page 71 - APP KKR 2023
P. 71
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
Penetapan Kuasa dan Tugas dengan tandatangan ringkas dengan
nama, jawatan dan tarikh; dan
11.5.8.2 Bagi memastikan bil dibayar dalam tempoh empat belas (14) hari,
Daftar Bil hendaklah diperiksa dan disahkan oleh pegawai Gred 41
dan ke atas atau yang setara dengannya atau mengikut perjawatan
dan kekananan seperti yang ditetapkan dalam Jadual Penetapan
Kuasa dan Tugas Pegawai Pengawal kepada Pegawai Perakaunan.
11.6 Penyimpanan Laporan Kewangan
11.6.1 Laporan berkaitan kewangan dan perakaunan hendaklah disimpan mengikut jenis
dokumen dan turutan bagi memudahkan semakan dan capaian dokumen.
11.6.2Laporan yang dicetak hendaklah difailkan mengikut tahun kewangan, tarikh
laporan, Jenis Vot, Program/ Aktiviti dan Objek/ Kod Akaun.
11.6.3 Laporan berkaitan kewangan dan perakaunan hendaklah disimpan dengan
selamat dan teratur. Tempoh penyimpanan rekod kewangan dan perakaunan
hendaklah mematuhi Tempoh Minumum bagi Menyimpan Buku dan Rekod
Kewangan serta Perakaunan seperti di Lampiran M kepada AP 150.
11.7 Kaedah penyimpanan laporan kewangan dan perakaunan secara salinan cetak
(hardcopy) dan elektronik (softcopy):
Kaedah Penyimpanan
Laporan Salinan cetak Salinan
(Hardcopy) elektronik
(Softcopy)
1. Laporan Belanja/ Hasil
a. Laporan Hasil Mengikut Kod Akaun √
(Ringkasan)
b. Laporan Hasil Mengikut Kod Akaun √
(Terperinci)
2. Laporan Buku Tunai Cerakinan √ √
3. Laporan Invois Terperinci (jika berkaitan) √
4. Laporan Ringkasan/ Terperinci Tempoh Usia
Hutang (jika berkaitan)
a. Laporan Ringkasan Tempoh Usia Hutang √
b. Laporan Terperinci Tempoh Usia Hutang √
5. Laporan Dokumen Pelanggan (Jika berkaitan) √
6. Laporan Resit Terperinci/ Batal/ Offline/ √
Antaramuka
a. Laporan Resit Terperinci √
b. Laporan Resit Batal √ √
70