Page 67 - APP KKR 2023
P. 67
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
10.2 Keterhutangan kewangan yang serius bermaksud keadaan keterhutangan seseorang
pegawai yang tinggi, setelah diambil kira amaun hutang yang ditanggung olehnya, telah
sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius kepadanya.
10.3 Seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan
yang serius jika:
10.3.1 Agregat hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa
tertentu melebihi sepuluh (10) kali emolumen bulanannya;
10.3.2 Dia adalah seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu tidak
dijelaskan dalam tempoh satu (1) bulan dari penerimaan perintah bermeterai
penghakiman itu; atau
10.3.3 Dia ialah seorang bankrap atau seorang pemakan gaji tidak solven, mengikut
mana-mana yang berkenaan, selagi apa-apa penghakiman terhadapnya yang
memihak kepada Pegawai Pemegang Harta masih belum dijelaskan atau selagi
tidak ada pembatalan penghukuman kebankrapannya.
10.4 Bagi mengelakkan pegawai daripada termasuk dalam keterhutangan kewangan yang
serius, setiap pegawai hendaklah memastikan perkara-perkara berikut:
10.4.1 Membuat permohonan pinjaman wang tunai atau sewa beli dari institusi
kewangan yang sah, berlesen dan diluluskan penubuhannya oleh Kerajaan
sahaja;
10.4.2 Memastikan pinjaman wang tunai atau lain-lain jenis pinjaman tidak bercagar
pada bila-bila masa tidak melebihi daripada sepuluh (10) kali emolumen
bulanannya. Contoh, jika emolumen bulanan pegawai adalah sebanyak
RM1,000 maka pinjaman tidak bercagar yang dibenarkan ialah tidak lebih
daripada RM10,000.
10.4.3 Mengemukakan slip gaji/ penyata pendapatan bulanan/ tahunan, surat
pengesahan pendapatan serta borang permohonan pinjaman yang disahkan
dan diperakukan oleh Ketua Jabatan/ pegawai yang diberi kuasa secara bertulis;
dan
10.4.4 Mengisytiharkan lain-lain bentuk pinjaman yang tidak dinyatakan dalam slip gaji/
penyata pendapatan kepada Ketua Jabatan sebelum membuat permohonan
pinjaman.
10.5 Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab memastikan tindakan diambil ke atas
perkara-perkara berikut:
10.5.1 Hanya Ketua Jabatan/ pegawai yang diberi kuasa secara bertulis dibenarkan
untuk membuat pengesahan, perakuan dan menandatangani surat pengesahan
pendapatan atau mana-mana borang pinjaman/ sewa beli selaras dengan Garis
Panduan Larangan Meminjam Wang dan Berada Dalam Keterhutangan Serius
66