Page 64 - APP KKR 2023
P. 64
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
x. Jumlah bayaran denda daripada pegawai, tarikh denda diterima dan
nombor resit; dan
xi. Nombor rujukan surat kelulusan pengecualian denda/ surat tuntutan
kepada pegawai sekiranya tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan.
8.11.8 Jabatan/ Bahagian/ Unit yang mengeluarkan WPUA hendaklah mendapatkan
pengesahan berkaitan “no show passengers” daripada syarikat penerbangan dan
menyemak dengan Daftar No Show Passengers.
8.11.9 Sekiranya kes “no show passengers” tidak dilaporkan dan maklumat dapat dikesan,
pegawai yang berkaitan boleh dikenakan tindakan tatatertib atau dikenakan surcaj.
8.11.10 Jika perjalanan tidak dapat dilakukan, tuntutan bayaran balik hendaklah
dikemukakan oleh PTJ kepada syarikat penerbangan atau kepada agensi
pengembaraan dengan mengemukakan surat permohonan oleh Ketua Jabatan
dan dokumen sokongan berkaitan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh
penerbangan.
8.11.11 Segala denda atau kos perkhidmatan yang dikenakan atas pembatalan/
penangguhan tempahan boleh dipotong dari bayaran balik yang dituntut. Agensi
tidak dibenarkan membuat bayaran balik melalui Nota Kredit.
8.11.12 Bagi mengakaunkan bayaran balik tersebut,
8.11.12.1 Bayaran balik yang diterima dalam tahun semasa hendaklah
dikreditkan ke vot asal Bayaran Kapal Terbang semasa penyediaan
WPUA.
8.11.12.2 Jika bayaran balik diterima dalam tahun berikutnya, amaun tersebut
hendaklah dikreditkan ke Akaun Hasil: H0181101 - Terimaan Balik
Bayaran Tahun-Tahun Lalu.
8.11.13 Jabatan/ Bahagian/ Unit perlu memastikan semua tuntutan bayaran balik diterima
dengan nilai yang sepatutnya bagi mengelakkan kerugian kepada pihak
kementerian.
8.11.14Bahagian/ Jabatan perlu memaklumkan dengan segera kepada Bahagian Akaun
sekiranya agensi penerbangan tidak membuat pulangan kepada Bahagian/
Jabatan selepas tiga (3) bulan tuntutan refund dikemukakan.
8.11.15Tuntutan refund “no show passengers” yang belum diselesaikan oleh agensi
penerbangan selepas tiga bulan dari tarikh tuntutan dikemukakan perlu
dimasukkan dalam senarai ABT Bahagian/ Jabatan.
63