Page 61 - APP KKR 2023
P. 61
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
pelancongan Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
serta boleh dibuat dalam satu LO yang sama.
8.3.3. Pembelian sendiri oleh pegawai: Pegawai sendiri membeli tiket daripada syarikat
penerbangan atau syarikat/agensi pelancongan berkenaan secara dalam talian
(online), melalui kaunter, atau medium elektronik lain yang dibenarkan. Pegawai
hendaklah mengemukakan tuntutan bayaran balik beserta dokumen sokongan
yang lengkap kepada Kementerian/ Jabatan untuk tujuan bayaran balik
8.4 Bagi Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam PB 3.1 (kemaskini 14 Julai 2022)
Pegawai dibenarkan membeli sendiri tiket penerbangan daripada syarikat penerbangan
atau agensi pelancongan yang menawarkan harga yang lebih rendah dan memberikan
penjimatan berbanding menggunakan Waran Perjalanan Udara Awam. Satu Surat
Perkeliling Dalaman Kewangan Bil 2 Tahun 2022, rujukan KKR.100-1/8/12(19) bertarikh
5 Oktober 2022 telah dikeluarkan bertujuan untuk menjelaskan menjelaskan mengenai
garis panduan dalaman Kementerian Kerja Raya tentang perwakilan kuasa Pegawai
Pengawal dan pengurusan tuntutan bayaran balik tiket penerbangan untuk perjalanan
udara rasmi bagi tiket yang dibeli sendiri oleh pegawai rujuk LAMPIRAN XI.
8.5 Tatacara permohonan pembelian sendiri tiket penerbangan untuk perjalanan udara rasmi
8.5.1 Pegawai yang diarahkan untuk menjalankan tugas rasmi perlu merujuk kepada Unit
Kewangan terlebih dahulu bagi memastikan peruntukan sedia ada adalah
mencukupi sebelum pembelian sendiri tiket penerbangan untuk perjalanan udara
rasmi dibuat.
8.5.2 Pegawai hendaklah membuat kajian pasaran terlebih dahulu bagi memastikan tiket
penerbangan untuk perjalanan udara rasmi yang dibeli adalah paling
menguntungkan kerajaan berbanding pembelian menggunakan Waran Perjalanan
Udara Rasmi (WPUA).
8.5.3 Pegawai perlu mendapatkan sokongan Ketua Jabatan dengan menggunakan
Borang Permohonan Pembelian Sendiri Tiket Penerbangan Untuk Perjalanan
Udara Rasmi Dan Kelulusan Tuntutan Bayaran Balik, rujuk LAMPIRAN XII.
8.5.4 Bagi pembelian tiket menggunakan syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB),
pegawai digalakkan membuat pembelian menggunakan Malaysia Airlines
eGovemment Portal berbanding pembelian di kaunter, platform dalam talian atau
agensi pelancongan mana-mana yang menawarkan harga yang lebih rendah.
8.6 Kos yang boleh dituntut oleh pegawai apabila membuat pembelian tiket penerbangan
secara atas talian tanpa menggunakan WPUA adalah seperti berikut:
i. Harga Tiket Penerbangan;
ii. Surcaj Bahan Api;
iii. Cukai Lapangan Terbang;
iv. KLIA2 Fees (jika berkaitan);
v. Sales and Services Tax (SST);
vi. Bagasi (tuntutan berdasarkan kilogram bagasi paling minimum yang ditawarkan oleh
syarikat penerbangan);
vii. Insurans;
60