Page 57 - APP KKR 2023
P. 57
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
ii. Borang lengkap permohonan yang ditandatangani oleh Pegawai Pengawal
Kementerian sendiri;
iii. Salinan transaksi penggunaan ATTD bagi tempoh enam (6) bulan; dan
iv. Draf Arahan Amanah.
7.4.3 Perbendaharaan hanya akan menimbangkan permohonan setelah berpuas hati
bahawa suatu Akaun Amanah Awam perlu diwujudkan. Draf Arahan Amanah yang
telah disemak oleh Perbendaharaan akan dikemukakan kepada agensi-agensi
berkaitan untuk mendapat nasihat mengikut kehendak AP164.
7.4.4 Setelah mendapat nasihat daripada agensi-agensi berkaitan, Perbendaharaan
akan mengeluarkan Arahan bagi Akaun Amanah berkenaan secara rasmi.
7.4.5 Satu salinan Arahan Amanah akan diedarkan kepada Pegawai Pengawal Akaun
Amanah, JANM dan Jabatan Audit Negara.
7.4.6 Kementerian/ Jabatan bertanggungjawab untuk mendapatkan kod akaun Akaun
Amanah daripada JANM setelah mendapat Arahan Amanah berkenaan. Sesuatu
Akaun Amanah tidak boleh mula beroperasi selagi kod akaun belum diperolehi.
7.4.7 ATTD hendaklah ditutup apabila Akaun Amanah Awam telah ditubuhkan dan
beroperasi ataupun kerana sesuatu sebab lain. Jabatan/ PTJ hendaklah
menyediakan Penyata Terimaan dan Bayaran akaun yang berbaki sifar yang
menunjukkan kesemua urus niaga terimaan dan bayaran, kemudian kemukakan
kepada Perbendaharaan dan JANM.
7.5 Format Arahan Amanah/ Surat Ikatan Amanah adalah seperti di Lampiran D1 dan D2
Pekeliling Perbendaharaan WP10.4.
7.6 Semua terimaan dan pungutan Akaun Amanah/ Kumpulan Wang Amanah hendaklah
selaras dengan Arahan Amanah/ Surat Ikatan Amanah.
7.7 PTJ hendaklah memastikan bayaran daripada peruntukan Akaun Amanah/ Kumpulan
Wang Amanah hanyalah untuk projek/ program/ aktiviti yang dibenarkan oleh Arahan
Amanah/ Surat Ikatan Amanah sahaja. Perbelanjaan daripada peruntukan Akaun
Amanah/ Kumpulan Wang Amanah hendaklah mendapat kelulusan Jawatankuasa
Pentadbiran Akaun terlebih dahulu atau apa-apa kaedah lain yang ditetapkan dalam
Arahan Amanah/ Surat Ikatan Amanah.
7.8 Semua pelaburan Akaun Amanah/ Kumpulan Wang Awam hendaklah diuruskan oleh
JANM kecuali dibenarkan oleh Arahan Amanah/ Surat Ikatan Amanah. Borang
permohonan kepada JANM untuk urusan pelaburan adalah seperti di Lampiran I Pekeliling
Perbendaharaan WP10.4.
7.9 Pengesahan Baki Akaun Amanah/ Kumpulan Wang Amanah
56