Page 58 - APP KKR 2023
P. 58
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
7.9.1 Bahagian Akaun akan mengeluarkan laporan pada setiap bulan untuk disemak dan
disesuaikan dengan rekod terimaan dan bayaran Akaun Amanah/ Kumpulan Wang
Amanah.
7.9.2 Bahagian Akaun akan mengemukakan laporan Simpanan Tetap/Terakru kepada
PTJ untuk dikemaskini dalam Daftar Pelaburan Simpanan Tetap Kumpulan Wang
Amanah Kerajaan/ Akaun Amanah Awam selepas diterima dari Bahagian
Pengurusan Operasi Dan Pengurusan Agensi (BPOPA).
7.9.3 PTJ hendaklah memastikan Sijil Pengesahan Baki seperti di Lampiran J1 Pekeliling
Perbendaharaan WP10.4 disediakan oleh Pegawai Pengawal Akaun Amanah/
Kumpulan Wang Amanah atau pegawai yang diberikan kuasa olehnya.
7.9.4 Sijil Pengesahan Baki Akaun Amanah/ Kumpulan Wang Amanah perlu
dikemukakan oleh PTJ kepada Bahagian Akaun dalam tempoh empat belas (14)
hari selepas laporan diterima/ dijana.
7.9.5 Pengesahan baki hendaklah disertakan sesalinan laporan diportal iGFMAS seperti
berikut: -
7.9.5.1 Laporan Kedudukan Dana Amanah (Ringkasan)
7.9.5.2 Laporan Kedudukan Vot (Ringkasan)
7.9.5.3 Laporan Hasil/Belanja/Aset/Liabiliti/Ekuiti (yang mana berkaitan)
7.9.6 Sekiranya baki berbeza, Penyata Penyesuaian hendaklah disediakan.
7.10 Penyata Tahunan
7.10.1 PTJ hendaklah mengemukakan surat iringan bersama laporan – laporan berikut
selewatnya pada 14 Februari tahun berikutnya bagi laporan 31 Disember 2023: -
7.10.1.1 Laporan Kedudukan Dana dan Laporan Kedudukan Vot (Ringkasan)
7.10.1.2 Laporan Hasil/ Belanja/ Aset/ Liabiliti/ Ekuiti (yang mana berkaitan)
7.10.1.3 Senarai Kod Akaun (jika berkaitan)
7.11 Jawatankuasa Akaun hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun
dan mengikut korum yang telah ditetapkan. Sesalinan Minit Mesyuarat Jawatankuasa
Akaun Amanah tersebut perlu dikemukakan kepada BA untuk makluman dan rekod.
7.12 Proses Penutupan Akaun Amanah
7.12.1 Akaun Amanah yang telah mencapai maksud penubuhannya, tidak dikehendaki
lagi, mencukupi tempoh hayat yang ditetapkan dalam Arahan Amanah ataupun
yang tidak aktif lagi untuk tempoh setahun hendaklah ditutup.
7.12.2 Baki Akaun Amanah yang hendak ditutup mestilah disifarkan iaitu sama ada
dengan dipindahkan ke Akaun Hasil atau dikembalikan kepada penyumbang
mengikut peruntukan Arahan Amanah berkenaan.
57