Page 59 - APP KKR 2023
P. 59
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
7.12.3 PTJ perlu menyediakan dan mengemukakan surat iringan bersama dokumen
sokongan berikut kepada Bahagian Akaun: -
7.12.3.1 Laporan Kedudukan Dana Amanah (Ringkasan); dan/atau
7.12.3.2 Laporan Hasil/ Belanja/ Aset/ Liabiliti (Ringkasan) (yang mana
berkaitan); dan/ atau
7.12.3.3 Penyata Akaun Bank berbaki sifar (jika berkaitan); dan/ atau
7.12.3.4 Laporan lain (jika berkenaan)
7.12.4 Sekiranya terdapat penemuan pengauditan, PTJ bertanggungjawab menyemak
dan mengemukakan maklum balas audit kepada Jabatan Audit Negara dan
disalinkan kepada Bahagian Akaun Kementerian, Bahagian Kewangan
Kementerian (jika berkaitan) dan/atau JANM Negeri/ Cawangan (jika berkaitan).
7.12.5 Surat Penutupan Rasmi Akaun Amanah Am atau Surat pemakluman BPOPA akan
dipanjangkan kepada PTJ.
7.13 Proses Penutupan Kumpulan Wang Amanah
7.13.1 Kumpulan Wang Amanah yang telah mencapai maksud penubuhannya dan tidak
lagi dikehendaki ataupun tidak lagi aktif hendaklah ditutup.
7.13.2 Permohonan untuk penutupan KWA boleh dikemukakan kepada Perbendaharaan
dengan disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:
i. Surat rasmi permohonan daripada Jabatan/ PTJ;
ii. Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersetuju penutupan KWA
tersebut; dan
iii. Draf ucapan usul penutupan KWA untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.
7.13.3 Setelah menerima permohonan lengkap daripada Jabatan/ PTJ, Perbendaharaan
akan mengambil tindakan seperti berikut:
i. Menyediakan surat pembentangan usul untuk tujuan pembentangan di Dewan
Rakyat;
ii. Mengatur satu sesi taklimat antara Jabatan/ Kementerian dengan Menteri
Kewangan mengenai cadangan penutupan KWA; dan
iii. Membentangkan usul penutupan KWA oleh Menteri Kewangan di Dewan
Rakyat.
7.13.4 Perbendaharaan akan memaklumkan Jabatan/ PTJ mengenai kelulusan
penutupan oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan baki KWA disifarkan.
7.13.5 Menyedia dan mengemukakan surat iringan bersama dokumen sokongan berikut
kepada Bahagian Akaun Kementerian:
7.13.5.1 7.13.5.1 Laporan Kedudukan Dana Amanah (Ringkasan); dan/ atau
7.13.5.2 Laporan Hasil/ Belanja/ Aset/ Liabiliti (Ringkasan) (yang mana
berkaitan); dan/ atau
7.13.5.3 Penyata Akaun Bank berbaki sifar (jika berkaitan); dan/ atau
58