Page 66 - APP KKR 2023
P. 66
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
ii. Membuat semakan antara Perakuan Bayaran Interim JKR66, lejer kontrak dan arahan
pembayaran; dan
iii. Memastikan sama ada tindakan penyelesaian AUC telah dibuat.
9.12 Setiap pelarasan yang melibatkan kod akaun A0591101 hendaklah menggunakan jurnal
jenis KJ dan perlu mengunci masuk huruf ‘K’ di ruangan Special GL Indicator dan juga
nombor SST iGFMAS di ruangan ‘Kod Kegunaan Pusat Tanggungjawab’.
9.13 Sekiranya pelarasan WPK melibatkan kod akaun aset dalam pembinaan (AUC), dua (2)
jenis jurnal iaitu Jurnal KJ dan Jurnal Pelarasan Aset hendaklah dibuat kerana jurnal
jenis KJ tidak membenarkan kod akaun aset digunakan.
9.14 Tatacara memperakaunkan Jaminan Bank/ Insurans ke atas WPK adalah seperti berikut:
9.14.1 PTJ hendaklah sentiasa memastikan Jaminan Bank/ Insurans ke atas WPK
sentiasa di dalam tempoh sah.
9.14.2 Jaminan Bank/ Insurans ke atas WPK hendaklah dicairkan segera sekiranya
kontraktor enggan untuk melanjutkan tempoh sah jaminan atau projek ditamatkan.
9.14.3 Permohonan pencairan jaminan bank/ insurans hendaklah dilakukan sebelum
tamat tempoh sah jaminan bank/ insurans berkenaan.
9.14.4 Wang yang telah diterima dari pengeluar jaminan bank/ insuran hendaklah
diakaunkan dengan mengurangkan kod akaun WPK (A0591101).
9.14.5 Terimaan hendaklah diakaunkan melalui modul Terimaan sistem iGFMAS dengan
menggunakan resit jenis Wang Pendahuluan Kontraktor.
9.15 Pemantauan dan pelaporan
PTJ bertanggungjawab untuk memastikan:
9.15.1 Setiap salinan Arahan Pembayaran dan Baucar Jurnal yang melibatkan transaksi
WPK hendaklah diberikan kepada Penyedia JKR66 bagi tujuan rekod.
9.15.2 PTJ juga adalah bertanggungjawab untuk memastikan baki kod akaun WPK di
sistem iGFMAS (Laporan Kedudukan Subsidiari) adalah sama dengan JKR66
yang telah dibayar.
9.16 Laporan WPK hendaklah dikemukakan dengan disokong salinan JKR66 terkini yang telah
dibayar dan salinan Arahan Pembayaran ke Bahagian Akaun selewat-lewatnya pada 10
haribulan bulan berikutnya.
10 PENGESAHAN AKAUN BEBAS HUTANG (ABH)
10.1 Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan pegawai-pegawai
seliaannya tidak termasuk dalam keadaaan keterhutangan kewangan yang serius.
65