Page 68 - APP KKR 2023
P. 68
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
yang dikeluarkan oleh KSU KKR melalui rujukan KKR.100-1/9/1 Jld. 2 (2)
bertarikh 31 Oktober 2016;
10.5.2 Setiap borang permohonan pinjaman/ sewa beli disertakan dengan surat
pengesahan pendapatan;
10.5.3 Mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pegawai-pegawai yang mempunyai
keterhutangan kewangan serius mengenai bagaimana membiayai kehidupan
seharian dengan pendapatan yang terhad;
10.5.4 Merujuk pegawai-pegawai yang mempunyai masalah keterhutangan kewangan
yang serius dan mempunyai baki emolumen kurang daripada 40% kepada
kaunselor dengan kadar segera setelah dikesan;
10.5.5 Jika langkah diperkara 10.5.3 dan 10.5.4 masih tidak membebaskan pegawai
daripada berada dalam keadaan keterhutangan kewangan yang serius, surat
amaran hendaklah dikeluarkan kepada pegawai supaya menyelesaikan
masalah berkenaan dalam tempoh masa yang bersesuaian;
10.5.6 Ketua Jabatan hendaklah menilai dengan terperinci penjelasan atau sebab-
sebab yang dinyatakan oleh pegawai. Sekiranya pegawai gagal membuktikan
bahawa beliau boleh menangani masalah keterhutangan kewangan yang serius,
tindakan tatatertib hendaklah dimulakan terhadap pegawai;
10.5.7 Memantau pinjaman yang tidak dinyatakan dalam slip gaji/ penyata pendapatan
pegawai seperti hutang dengan institusi kewangan yang tidak dipotong melalui
Biro Angkasa, hutang sewa beli dan sebagainya. Sekiranya pegawai didapati
tidak mengisytiharkan pinjaman/ potongan tersebut, Ketua Jabatan hendaklah
mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib;
10.5.8 Memastikan pengurus sumber manusia dan pengurus kewangan di peringkat
PTJ masing-masing menjana laporan pendapatan bersih kurang 40% pada
setiap bulan untuk tindakan pemantauan selanjutnya; dan
10.5.9 Mengemukakan secara berkala iaitu setiap 3 bulan (Mac, Jun, September dan
Disember) laporan pegawai yang mengalami keterhutangan kewangan yang
serius ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja raya
termasuk tindakan yang telah diambil oleh Ketua Jabatan beserta dokumen
berkaitan sebagai bukti seperti di LAMPIRAN XIII.
10.6 PTJ perlu mendapatkan pengesahan akuan hutang secara bertulis dari Bahagian Akaun
bahawa pegawai tersebut masih ada atau tiada pinjaman dengan Kerajaan bagi
mengelakkan kesukaran untuk mendapatkan pembayaran balik bagi pinjaman-pinjaman
dengan Kerajaan di bawah KKR.
67