Page 76 - APP KKR 2023
P. 76
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
12.3.2 Penjejasan Nilai dibuat bagi tunggakan ABT yang melebihi 6 tahun atau terdapat
peristiwa kerugian yang menyebabkan ABT tersebut tidak dapat dikutip. Peristiwa
kerugian merupakan keadaan di mana penghutang gagal menjelaskan hutang
kepada Kerajaan dan dijangka tidak mampu langsung untuk membayar hutang.
Ianya memberi impak kepada jangkaan aliran tunai masuk masa hadapan ABT dan
nilai kerugian dapat diukur dengan munasabah. Amaun penjejasan nilai yang perlu
dibuat adalah 100% dari amaun ABT tersebut.
12.3.3 PTJ hendaklah membuat penilaian peristiwa kerugian dengan menganalisa bukti
objektif peristiwa kerugian dan usaha/tindakan yang diambil bagi mendapatkan
bayaran daripada penghutang. Dokumen sokongan berkaitan perlu disimpan
lengkap.
12.3.4 Permohonan kelulusan perakaunan penjejasan nilai ABT perlu dikemukakan
kepada Bahagian Akaun menggunakan borang FAL Lampiran 20 - Garis Panduan
Pelaksanaan Perakaunan Akruan Penjejasan Nilai Akaun ABT Hasil.
12.3.5 PTJ hendaklah memastikan Laporan ABT bulanan yang dikemukakan
mengambilkira penjejasan nilai yang telah diluluskan.
12.3.6 Manakala bagi ABT yang diakaunkan menggunakan kod akaun A0481101 (seperti
sewaan premis dibawah CDPK, JKR & sewaan kuarters dibawah seliaan JKR
Perlis), jurnal pelarasan DU perlu dibuat bagi mengakaunkan penjejasan nilai
seperti berikut:
Mengakaunkan amaun penjejasan nilai yang telah diluluskan:
Debit Belanja Penjejasan Nilai ABT Hasil
Kredit Penjejasan Nilai Terkumpul ABT Hasil
Kod Akaun Belanjan Penjejasan Nilai Kod Akaun Penjejasan Nilai Terkumpul
ABT Hasil ABT Hasil
B5974201 Sewa Bangunan A5974201 Sewa Bangunan
B5974202 Sewa Bangunan Pejabat A5974202 Sewa Bangunan Pejabat
B5974299 Sewa Bangunan Lain A5974299 Sewa Bangunan Lain
B5974999 Bayaran yang Lain A5974999 Bayaran yang Lain
12.3.7 Timbal balik penjejasan nilai hendaklah diperakaunkan apabila berlaku keadaan
berikut:
i. Bayaran diterima ke atas ABT Hasil yang telah dibuat penjejasan nilai sama
ada bayaran diterima pada tahun semasa atau tahun berikutnya; dan
ii. Hapuskira yang telah diluluskan ke atas ABT Hasil yang telah dibuat
penjejasan nilai.
75