Page 77 - APP KKR 2023
P. 77
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
12.3.8 Mengakaunkan terimaan bayaran selepas penjejasan nilai ABT hasil:
i. Mengakaunkan terimaan bayaran yang diterima:
Debit Wang Tunai Belum Dibankkan
Kredit Akaun Belum Terima (A0481101)
ii. Selepas mengakaun resit terimaan, PTJ hendaklah menyediakan baucar jurnal
timbal balik penjejasan nilai dalam iGFMAS mengikut kod data ABT Hasil
berkaitan.Timbal balik penjejasan nilai diakaunkan mengikut amaun sebenar
bayaran diterima ke atas ABT Hasil yang diterima (amaun sama seperti amaun
resit yang dikeluarkan):
Debit Penjejasan Nilai Terkumpul ABT Hasil (Kod Akaun: A5974***)
Kredit Belanja Penjejasan Nilai ABT Hasil (Kod Akaun: B5974***)
12.3.9 Mengakaunkan hapuskira yang telah diluluskan ke atas ABT Hasil yang telah dibuat
penjejasan nilai:
i. Mengakaunkan hapuskira yang telah diluluskan:
Debit Hapuskira (kod akaun : B0551202)
Kredit Akaun Belum Terima (kod akaun : A0481101)
ii. Selepas hapuskira diakaunkan, PTJ hendaklah menyediakan baucar jurnal timbal
balik penjejasan nilai dalam iGFMAS mengikut kod dana ABT Hasil
berkaitan.Jurnal ini perlu dibuat bagi memastikan perakaunan belanja tidak di
buat dua kali atas transaksi hutang yang sama. Timbal balik penjejasan nilai
diakaunkan mengikut amaun sebenar kelulusan hapuskira yang diberi.
Debit Penjejasan Nilai Terkumpul ABT Hasil (Kod Akaun: A5974***)
Kredit Belanja Penjejasan Nilai ABT Hasil (Kod Akaun: B5974***)
12.4 HAPUS KIRA ABT
12.4.1Arahan Perbendaharaan 328(a) membenarkan Ketua Jabatan untuk
mengemukakan permohonan hapus kira hutang yang tidak dapat dikutip melalui
Pegawai Pengawal kepada Perbendaharaan Malaysia bagi tujuan kelulusan hapus
kira setelah segala usaha mengutip telah dibuat. Para 3, Pekeliling
Perbendaharaan Malaysia WP10.3: Pengurusan Kehilangan dan Hapuskira Wang
Awam menyatakan amaun peringkat kelulusan adalah seperti berikut:
Bil Peringkat Kelulusan Amaun (RM)
1 Pegawai Pengawal Sehingga RM25,000
2 Kementerian Kewangan Melebihi RM25,000
76