Page 82 - APP KKR 2023
P. 82
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
13.2 Pembayaran adalah bagi perbelanjaan rasmi berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam
peraturan yang berkuat kuasa.
13.3 Had amaun bagi apungan PWR bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) ditetapkan
selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan WP 10.8 – Panduan Had Amaun Panjar
Wang Runcit yang berkuat kuasa seperti berikut:
PERINGKAT AMAUN (RM)
Peringkat Kementerian RM5,000
Peringkat Ibu Pejabat Jabatan RM3,000
Pejabat di peringkat Negeri RM2,000
Pejabat di peringkat Daerah RM1,000
13.4 Permohonan Mewujudkan Akaun Panjar
13.4.1 PTJ mengemukakan permohonan mewujudkan PWR yang lengkap kepada
Bahagian Akaun Kementerian dengan memenuhi syarat berikut:
i. Pemegang Panjar adalah berstatus PTJ dan merupakan Pemegang Waran
Peruntukan;
ii. Peruntukan adalah mencukupi (rujuk Laporan Kedudukan Vot/ Dana); dan
iii. Surat permohonan yang mengandungi maklumat dan dokumen sokongan
berikut:
i. Kod Kumpulan PTJ & PTJ Membayar;
ii. Kod Kumpulan PTJ & PTJ Dipertanggung;
iii. Kod Pejabat Perakaunan;
iv. Cadangan had apungan PWR berdasarkan keperluan minima dengan
mengambil kira bahawa rekupmen boleh dibuat lebih daripada satu (1)
kali dalam tempoh sebulan;
v. Justifikasi permohonan;
vi. Cadangan nama Pemegang Panjar (Jawatan Ketua PTJ dan nama PTJ);
vii. Anggaran perbelanjaan terperinci sebulan;
viii. Borang Pendaftaran/ Penamatan Penerima Bayaran – iGFMAS;
ix. Penyataan sokongan daripada Bahagian Akaun Kementerian; dan
x. Dokumen lain yang berkaitan.
13.5 Permohonan Penambahan Apungan Panjar
13.5.1 Pemegang Panjar bertanggungjawab mengemukakan permohonan
penambahan apungan PWR yang lengkap kepada Bahagian Akaun sekiranya
mendapati amaun apungan sedia ada tidak mencukupi untuk menampung
perbelanjaan Panjar PTJ.
81