Page 78 - APP KKR 2023
P. 78
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
Semua permohonan hapus kira hendaklah dikemukakan melalui Bahagian
Kewangan bagi tujuan kelulusan di peringkat Pegawai Pengawal atau
Perbendaharaan Malaysia.
12.4.2 Semua permohonan hapus kira hendaklah disemak dan diteliti terlebih dahulu oleh
Bahagian Kewangan. Sekiranya usaha mengesan penghutang dan usaha
membuat kutipan tidak dilaksanakan dengan intensif oleh Bahagian/ Jabatan,
maka Bahagian Kewangan berhak menolak permohonan tersebut. Permohonan
yang dikemukakan hendaklah bersekali dengan dokumen pembuktian/ sokongan
dalam kes pegawai meninggal dunia, diisytiharkan muflis atau yang berkaitan.
12.4.3 Semua permohonan hapus kira hendaklah berdasarkan format yang ditetapkan di
bawah Pekeliling Perbendaharaan WP 10.3: Pengurusan Kehilangan Dan
Hapus Kira Wang Awam.
12.4.4 Mana-mana bayaran yang dibuat bagi ABT yang telah dihapus kira hendaklah
mengikut prosedur terimaan yang berkuat kuasa.
12.5 PELAPORAN ABT KEPADA JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
12.5.1 Arahan Perbendaharaan - AP89A(a) ABT hendaklah dilaporkan oleh Pegawai
Pengawal kepada Akauntan Negara Malaysia (ANM) dan disalinkan kepada
Perbendaharaan dan Ketua Audit Negara. Pelaporan ABT hendaklah mengikut
Pekeliling Perbendaharaan WP 10.6 Pengurusan Akaun Belum Terima.
12.5.2 Dua (2) laporan ABT perlu dikemukakan KKR kepada ANM melalui Pegawai
Pengawal setiap enam (6) bulan. Bahagian/ Jabatan hendaklah mengemukakan
laporan–laporan berkenaan kepada Bahagian Akaun mengikut ketetapan berikut:
TARIKH AKHIR TARIKH AKHIR
JENIS FORMAT
BIL PENGHANTARAN PENGHANTARAN
LAPORAN LAPORAN
KE BA KE ANM
Laporan ABT Seperti
KKR sehingga Lampiran A
1. 10 Januari 2023 31 Januari 2023
31 Disember dalam Pekeliling
2022 Perbendaharaan
Laporan ABT WP 10.6:
KKR sehingga Pengurusan
2. 10 Julai 2023 30 Julai 2023
30 Jun 2023 Akaun Belum
Terima
12.5.3 Bahagian/ Jabatan dikehendaki mengemukakan Laporan ABT kepada Bahagian
Akaun setiap bulan sebelum 10 haribulan bulan berikutnya.
77