Page 14 - ADILES,JULIUS,ANTONIO E-FOLIO
P. 14
3.Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan
Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan
bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang
dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan
aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan
negara.
Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi
gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah perrlu
dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji
kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai,
ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.
Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria
keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di
samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan
penghargaan diri.
Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk
memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti
datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum.