Page 10 - ADILES,JULIUS,ANTONIO E-FOLIO
P. 10
6. MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN ANTARA BANDAR DAN DESA
Hal ini perlu dibendung dengan segera demi masa depan pendidikan negara. Atas rasa kesedaran
kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu
jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah
dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekan
penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduaan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta
Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya,
sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Sebagai
contohnya, rakyat melayu tinggal di kawasan kampung, rakyat cina tinggal di kawasan
perlombongan dan rakyat india tinggal di kawasan ladang. Hal ini yang menyebapkan kita sukar
untuk merapatkan dan menyatupadukan mereka untuk mendapatkan pendidikan. Bukan itu sahaja,
malah di negeri Sabah dan Sarawak ada juga sesetengah rakyat yang tidak mempunyai pendidikan
kerana kemudahan infrastruktur tidak mencukupi, lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di kawasan
perdalaman.