Page 13 - ADILES,JULIUS,ANTONIO E-FOLIO
P. 13

2.Mengatasi masalah "Brain Drain" di kalangan pensyarah

              Kebanyakkan pensyarah yang memilih kerjaya ini adalah kerana komited dengan apa yang


              dilakukan. Penyelidikan menjadikan visi hidup mereka. Kerjaya sebagai pensyarah mempunyai

              banyak insrintik yang terus menambat hati pensyarah agar terus kekal di institusi pengajian

              tinggi.

              Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah 'brain drain' antaranya ialah layanan yang

              mereka terima berbanding dengan pensyarah yang berrkhidmat di luar negara. Wan Mokhtar

              mempersoalkan apakah adil hanya menggangapkan pensyrah yang berkhidmat di luar negara

              ditawarkan dengan gaji yang berlipat ganda apabila kembali ke Malaysia, sedangkan antara


              keduanya mempunyai kemahiran dan pendedahan yang sama.

              Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia bukanlah sesuatu

              perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah peka dengan keperluan dan tuntutan

              semasa institusi pengajian tinggi awam agar penghijrahan keluar pensyarah dapat di atasi.

              Jangan biarkan pensyarah meminta-minta hak mereka kerana martabat pensyarah amat tinggi

              kedudukannya.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16