Page 8 - ADILES,JULIUS,ANTONIO E-FOLIO
P. 8
4.Menangani isu sosial
Kita sering disajikan dengan pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang
menghuni institusi pendidikan terutama sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar hari ini,
antara kes masalah sosial seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng
sekolah, merokok, dadah, minuman keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam daging
kepada sektor pendidikan, yang seterusnya boleh menghalang perkembangan pendidikan secara
positif. Sekiranya, perkara ini tidak ditangani ia akan menyebapkan keruntuhan sistem pendidikan
kita pada masa akan datang.