Page 35 - E-Book Dasar Work From Home
P. 35

2.1.1 Polisi Utama Untuk Work From Home (WFH)




     POLISI BEKERJA DARIPADA RUMAH


     TAJUK              1.0 POLISI DAN PROSEDUR AM BEKERJA DARI                              NO                  WFH – 001 – P0
                        RUMAH                                                                RUJUKAN


     KLAUSA 1.1 KELAYAKAN UNTUK MENGGUNAPAKAI KONSEP BEKERJA DARIPADA

     RUMAH

     a) Aktiviti bekerja daripada rumah ini terpakai kepada SEMUA warga kerja di dalam organisasi tanpa mengira
         skim perjawatan, gred perjawatan, lokasi perkhidmatan dan tempoh perkhidmatan bagi digunakan
         sepanjang tempoh PKP atau suatu tarikh yang akan diumumkan oleh organisasi.
     b) Secara amnya, sepanjang tempoh PKP ini, warga kerja adalah tertakluk kepada arahan untuk menjalankan

         kerja-kerja daripada rumah melainkan terdapat arahan daripada organisasi untuk mereka hadir bekerja
         secara fizikal di pejabat atau dilokasi yang diarahkan untuk mereka menjalankan fungsi tugas mereka
     c) Warga kerja tidak perlu memohon untuk menjalankan kerja-kerja daripada rumah

     d) Konsep bekerja daripada rumah ini terpakai untuk pelaksanaan kerja-kerja yang secara munasabah boleh
         dilaksanakan daripada rumah sahaja. Warga kerja tidak akan dipertanggungjawabkan atau dipersoalkan
         berkenaan pelaksanaan fungsi mereka semasa tempoh PKP ini sekiranya fungsi tugas mereka mustahil /
         tidak munasabah untuk dijalankan daripada rumah.















    AKADEMI PKNS SDN BHD                                                                                                                  35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40