Page 39 - E-Book Dasar Work From Home
P. 39
2.1.1 Polisi Utama Untuk Work From Home (WFH)
POLISI BEKERJA DARIPADA RUMAH
TAJUK 1.0 POLISI DAN PROSEDUR AM BEKERJA DARI NO WFH – 001 – P0
RUMAH RUJUKAN
KLAUSA 1.4 PEMATUHAN TERHADAP PERINTAH AM / PERATURAN DISIPLIN
ORGANISASI
a) Sepanjang tempoh bekerja daripada rumah, warga kerja berkenaan adalah tertakluk kepada semua
peraturan terma disiplin dan perintah am yang dikenakan ke atas mereka sebelum ini.
b) Warga kerja juga tertakluk kepada semua pekeliling organisasi berkaitan etika kerja dan disiplin sepanjang
menjalankan kerja-kerja daripada rumah
c) Warga kerja perlu sentiasa memelihara adab, kesopanan dan ketrampilan semasa bekerja dari rumah
terutama sekali sekiranya ianya melibatkan interaksi tugas dengan rakan sepejabat atau pihak luar
d) Kegagalan mematuhi terma dan prosedur yang telah dibangunkan boleh menyebabkan warga kerja
berkenaan diambil tindakan disiplin sebagaimana termaktub di dalam buku panduan pekerja semasa
digunakan oleh organisasi
e) Warga kerja yang engkar terhadap arahan bekerja atau tidak menjalankan fungsi tugas yang diberikan
boleh diambil tindakan tatatertib sebagaimana polisi dan prosedur pengurusan tatatertib warga kerja yang
digunakan oleh organisasi
f) Sekiranya terdapat sebarang kes ketidakpatuhan atau masalah disiplin, penyelia dan ketua jabatan
berkenaan perlulah memajukan kes berkenaan secara bertulis ke pengetahuan Jabatan Sumber Manusia
AKADEMI PKNS SDN BHD 39