Page 36 - E-Book Dasar Work From Home
P. 36
2.1.1 Polisi Utama Untuk Work From Home (WFH)
POLISI BEKERJA DARIPADA RUMAH
TAJUK 1.0 POLISI DAN PROSEDUR AM BEKERJA DARI NO WFH – 001 – P0
RUMAH RUJUKAN
KLAUSA 1.2 WAKTU BEKERJA DARIPADA RUMAH
a) Organisasi telah menyediakan 3 pilihan jadual waktu bekerja daripada rumah seperti yang dinyatakan di
dalam Jadual dibawah.
b) Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk mengenalpasti dan membuat deklarasi kepada Jabatan Sumber
Manusia berkenaan pilihan jadual waktu bekerja yang diputuskan ke atas seseorang warga kerja dibawah
penyeliaan Ketua Jabatan Berkenaan. Deklarasi ini boleh dibuat melalui penyediaan memo oleh Ketua
Jabatan kepada Jabatan Sumber Manusia. Sekiranya pihak Jabatan Sumber Manusia tidak mendapat
memo berkenaan, maka secara automatik, warga kerja berkenaan dianggap tertakluk kepada waktu
bekerja ‘standard’ yang diputuskan oleh Jabatan Sumber Manusia
c) Jadual waktu bekerja yang telah dipilih perlu digunakan sepanjang tempoh PKP. Justeru pihak Ketua
Jabatan dinasihatkan untuk berhati-hati di dalam memilih dan memuktamadkan jadual waktu bekerja bagi
warga kerja dibawah seliaan mereka. Meskipun begitu, pindaan jadual waktu bekerja boleh dipohon
kepada Jabatan Sumber Manusia dengan memajukan memo beserta alas an / justifikasi yang munasabah.
Keputusan akhir adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Sumber Manusia
d) Ketua Jabatan perlu memaklumkan kepada warga kerja jadual waktu bekerja mereka. Pihak Jabatan
Sumber Manusia tidak bertanggungjawab untuk memaklumkan informasi berkenaan kepada warga kerja
berkenaan melainkan notis jadual waktu kerja standard organisasi.
e) Warga kerja perlu memastikan mereka boleh dihubungi untuk bertugas sepanjang waktu bekerja yang
dinyatakan.
AKADEMI PKNS SDN BHD 36