Page 3 - pkpw_Neat
P. 3
2
BICARA GURU BESAR
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk
menulis bicara saya di ruangan ini. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Buku Pengurusan
SK Setia Alam sesi 2021 dapat dibukukan dengan jayanya. Tahniah dan syabas saya ucapkan
kepada barisan pentadbir serta Jawatankuasa Buku Pengurusan atas segala usaha dan sumbangan idea sehingga buku ini
dapat diedarkan kepada semua guru. Besar harapan saya agar buku ini mampu menjadi panduan bagi merancang dan
melaksanakan program dan aktiviti bagi tahun 2021. Pada tahun ini juga terdapat perubahan tugas dan tanggungjawab
guru-guru berikutan perpindahan keluar dan kemasukan beberapa orang guru. Sesi perbincangan dan penilaian juga telah
diadakan untuk memastikan agihan tugas guru yang sesuai dan seimbang. Sungguhpun begitu, segelintir guru didapati
mempunyai keperluan untuk menyandang beberapa tugas penting atas dasar kepakaran yang dimiliki.
Kita telah mengharungi suka duka tahun 2020 yang sangat menguji ketabahan kita sebagai pendidik akibat
Pandemik Covid-19. Oleh itu, sama-samalah kita buka lembaran baru tahun 2021 ini dengan keazaman dan semangat juang
yang tinggi dalam memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita di SKSA. Saya percaya pada kekuatan guru-guru
SKSA untuk bangkit semula selepas Pandemik Covid-19 ini. Sebagai ketua jabatan, saya akan terus menyokong setiap gerak
usaha dalam melonjakkan kecemerlangan di bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Setiap kecemerlangan yang kita
capai,sudah tentu akan mengharumkan nama SKSA. Namun, itu pastinya bukan hasil kerja yang berseorangan, setiap
kejayaan sudah tentu menuntut pengorbanan dan kerjasama dari semua warga SKSA. Kerjasama semua sebagai sebuah
keluarga yang besar dalam mengekalkan momentum gerak kerja pastinya dapat memacu SKSA maju lebih jauh ke hadapan.
Gerak langkah yang seiring dan berdiri di atas satu landasan kehendak yang sama antara pentadbir, guru dan warga sekolah
pastinya kita mampu jadikan SKSA sekolah KBAT yang disegani di negeri Selangor.
Tahun 2021 pastinya merupakan tahun yang penuh dengan cabaran bagi semua warga sekolah ini selaras dengan
arus perubahan yang pantas dalam dunia pendidikan. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
menuntut pelbagai anjakan daripada warga guru bagi menentukan generasi yang akan dihasilkan benar-benar kompeten
dan berkualiti. Kita sebagai pendidik merupakan penggerak untuk meneruskan usaha dan fokus yang kini telah pun
memasuk ke Gelombang 3 (2021 - 2025). Justeru saya menyeru setiap warga SKSA agar sama-sama mengambil tindakan
yang proaktif dalam mendukung misi dan visi sekolah ini seiring dengan aspirasi yang digarap dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Matlamat utama sekolah ialah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan meningkatkan
pencapaian kemenjadian murid ke satu tahap yang membanggakan dan boleh bersaing di peringkat global. Pembudayaan
TMK dalam pengurusan dan PdPc di bilik darjah khususnya pengamalan PAK21 akan membantu peningkatan pencapaian
akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Amalan kerja berteraskan MMI diyakini dapat meningkatkan mutu
perkhidmatan dengan harapan KPI sekolah dan KPI Kementerian Pendidikan Malaysia bergerak seiring dalam menuju
sasaran yang ditetapkan.
Akhir kata, saya mendoakan semoga warga SK Setia Alam akan bergerak secara proaktif, berfikir secara kreatif
dan inovatif serta bertindak dengan komited dan penuh bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
sepanjang tahun 2021. Saya amat yakin dan percaya bahawa semua warga SK Setia Alam dapat bekerja sebagai satu
keluarga yang saling menyokong demi mencapai kecemerlangan dalam semua bidang terutamanya aspek kemenjadian
murid.
"BERILMU BERDISIPLIN BERWAWASAN”
(MOHAMAD FADZLI BIN ABDUL RAHMAN)
Guru Besar
SK Setia Alam