Page 7 - pkpw_Neat
P. 7
6
MATLAMAT DAN PIAGAM PELANGGAN
MATLAMAT
Memperkembangkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu meliputi
aspek-aspek intelek, rohani emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
Melahirkan pelajar-pelajar beriman, berakhlak mulia, berilmu,berketerampilan dan
sejahtera yang mempunyai sifat-sifat taat setia kepada ketua, guru, ibu bapa,
agama, bangsa dan negara.
Mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Membentuk generasi murid-murid yang mengetahui, menghayati dan
mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian.
Menyediakan murid-murid yang menguasai kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi dengan berkesan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Mendidik pelajar yang memiliki dan menghayati nilai-nilai murni, peka dan
menghargai alam serta estetika.
PIAGAM PELANGGAN
Kami Seluruh Warga
Sekolah Kebangsaan Setia Alam
Berazam dan Berhasrat Untuk :
MENDIDIK setiap anak murid kami dengan penuh dedikasi dan ikhlas.
MENDIDIK setiap anak murid murid kami dengan ilmu yang memberi manfaat
untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
MEMBENTUK sebuah masyarakat penyayang.
MEMBERI peluang seluas-luasnya kepada murid untuk menonjolkan bakat kendiri.
MEMBERI perkhidmatan yang mesra, efektif dan bermutu.