Page 8 - pkpw_Neat
P. 8

7



                                                   NILAI-NILAI KEGURUAN




                      Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan ialah menyebar ilmu  dan
                      segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh
                      yang  demikian,  guru  seharusnya  mempunyai  sifat  yang  baik,  peribadi  berkualiti  dan
                      selalu bersikap profesional.



                      6 Sifat Dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru :-


                       Baik hati           Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh
                                           murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang
                                           tenang, yakin dan senang hati.
                       Jenaka              Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira
                                           kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka
                                           adalah guru yang suka didekati oleh murid- muridnya.
                       Sabar               Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh
                                           mengawal perasaan diri. Guru yang sabar mampu menjalin

                                           perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.
                       Bertanggungjawab    Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru
                                           mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau
                                           juga akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan
                                           sempurna.
                       Yakin               Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila
                                           perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan
                                           lebih menghormati guru yang bertindak dengan tegas.

                       Kepimpinan          Murid-murid akan mengikuti segala tunjuk ajar dan arahan guru
                                           yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan
                                           kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat
                                           dijalankan dengan lebih berkesan.


                  Mengikut nilai-nilai keguruan, kualiti peribadi seseorang guru adalah merangkumi sifat
                  mesra, adil,  kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13