Page 9 - pkpw_Neat
P. 9

8



                                            FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN




                  Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
                  potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
                  dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
                  kepatuhan kepada Tuhan.

                  Usaha  ini  adalah  bagi  melahirkan  rakyat  Malaysia  yang  berilmu  pengetahuan,
                  berketerampilan,  berakhlak  mulia,  bertanggungjawab  dan  berkeupayaan  mencapai
                  kesejahteraan  diri,  serta  memberi  sumbangan  terhadap  keharmonian  dan  kemakmuran
                  keluarga, masyarakat dan negara.



                                          IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM



                  Kami, Pegawai Awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar, mempertahankan
                  dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras
                  segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan
                  berikut :

                   Pertama        Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah.
                   Kedua          Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan
                                  rasuah.

                   Ketiga         Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang,
                                  peraturan dan etika jabatan.
                   Keempat        Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi
                                  sebarang perlakuan jenayah rasuah.

                   Kelima         Bertindak tegas terhadap mereka yang mencuba menggugat integriti
                                  dan imej pegawai awam.

                   Keenam         Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai
                                  ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14