Page 48 - pkpw_Neat
P. 48

43




                                   TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PANITIA

                1.  Memastikan dan menentukan penggunaan sukatan pelajaran terkini yang telah dikemaskini.

                2.  Menentukan penggunaan bahan bantu belajar dan kaedah-kaedah Pengajaran dan
                     Pemudahcaraan (pedagogi) menarik, efisyen dan berkesan.

                3.  Bertanggungjawab menyelaraskan rancangan tahunan dan penggal kepada ahli.
                4.  Bersama-sama membina, menyedia dan melaksanakan perancangan strategik.

                5.  Menyedia, melaksanakan dan memantau perancangan tahunan panitia.
                6.  Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji serta

                     mencari jalan untuk memajukan dan meningkatkan taraf pencapaian prestasi murid

                     dari semasa ke semasa dengan mengadakan:
                        i.    Program untuk meningkatkan mutu Pengajaran dan Pemudahcaraan.
                        ii.   Kelas-kelas tambahan.

                        iii.        Ceramah-ceramah teknik menjawab soalan.

                        iv.        Alat dan bahan bantu belajar yang terkini.
                7.  Menentukan buku-buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan dan rujukan

                     guru.
                8.  Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan/kerja bagi tiap-tiap kelas jika diperlukan.

                9.  Memberi kerjasama kepada jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks
                     yang digunakan.

                10.  Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan dan alatan untuk pameran-pameran jika ada.
                11.  Membuat anggaran belanjawan tahunan dengan persetujuan pihak pentadbir sekolah.

                12.  Bersama-sama memikul tanggungjawab meningkatkan prestasi akademik murid-murid.
                13.  Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

                14.  Menyelaras penyediaan soalan-soalan formatif dan sumatif serta menyemak skema jawapan.
                15.  Memuat naik keputusan PBS dalam sistem yang digunapakai oleh KPM dan sekolah.

                16.  Membina dan mengemaskini sudut mata pelajaran dan bilik-bilik khas.
                17.  Memastikan sudut-sudut mata pelajaran dan bacaan di dalam bilik darjah bermaklumat.

                18.  Menyediakan murid dalam kegiatan koakademik di pelbagai peringkat.
                19.  Menyusun jadual penggunaan bilik-bilik khas (Pusat Sumber , Makmal Komputer, Makmal

                     Sains, Bilik RBT/TMK, Bilik Muzik, Bilik Seni Visual, Bilik JQAF dan lain-lain).
                20.  Sentiasa menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53