Page 49 - pkpw_Neat
P. 49
44
TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU MATA PELAJARAN
1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran
dan huraian mata pelajaran terkini yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran
yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari aspek
pengetahuan, kebolehan dan kemahiran bagi setiap kelas.
3. Mempunyai sebuah Folder Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Guru Besar
pada masa yang ditetapkan (setiap hari Jumaat).
4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh
setahun/harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.
5. Menyediakan dan memberikan latihan-latihan yang cukup, memeriksa dan memulangkan semula
secepat mungkin.
6. Menyerah/menunjukkan buku latihan murid kepada Guru Besar/Penolong Kanan pada masa yang
dikehendaki.
7. Menjalankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan pentaksiran kepada semua murid.
8. Menyimpan soalan-soalan dan merekodkan keputusan pentaksiran dalam Folder Rekod Mengajar
dan sistem atas talian.
9. Mengesan murid-murid yang lemah untuk pelaksanaan pemulihan dalam kelas/kelas
pemulihan/LINUS.
10. Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran berkaitan, menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
11. Memastikan keselamatan murid di dalam kelas dan semua bilik-bilik khas termasuk padang serta
mengawasi penggunaan peralatan.
12. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran sama ada yang dikelolakan oleh
Kementerian Pelajaran/JPNS/PPD atau sekolah. Menyampaikan semua maklumat kepada guru-
guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
13. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar (pedagogi) bagi
mata pelajaran berkenaan bagi meningkatkan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
14. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran dalam kelas-kelas yang diajar.
15. Membantu menguruskan Bank Soalan.
16. Menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor dan guru disiplin.
17. Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.