Page 37 - deunite_report
P. 37
DE’ UNITE: SHE 101 – HIMPUNAN LAPORAN TEKNIKAL PROJEK PELAJAR
Bagi pusingan pertama, carta menunjukkan bahawa kesemua peserta dapat mengenali dan
membezakan irama dari etnik di Malaysia dan etnik bukan di Malaysia. Beberapa peserta juga
dapat memberikan jawapan etnik yang betul iaitu etnik India. Manakala bagi pusingan kedua, dua
irama telah dimainkan iaitu Irama Melayu dan Irama Thailand.
6
5
4
3
2
1
0
Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4 Peserta 5 Peserta 6
IRAMA MALAYSIA (IMELAYU)
IRAMA BUKAN MALAYSIA (THAILAND)
Jadual 2 Carta respon peserta ketika pusingan kedua
Bagi pusingan kedua, carta menunjukkan bahawa kebanyakkan peserta dapat mengenali
dengan tepat Irama Melayu. Carta ini menunjukkan bahawa irama Melayu amat dikenali oleh
pelbagai bangsa di Malaysia. Bagi keseluruhuan program, dapatan menunjukkan bahawa
kebanyakkan peserta dapat mengenal pasti dengan tepat irama dari etnik Malaysia iaitu Irama
Melayu sebanyak 48% dan Irama India 31%. Manakala, irama dari etnik bukan Malaysia iaitu Irama
Brazil dan Irama Thailand agak sukar untuk peserta mengenal pasti dengan tepat.
Apabila irama Melayu dimainkan, beberapa peserta menunjukkan respon yang sangat
memberangsangkan dan memberi jawapan untuk irama tersebut dengan yakin. Mereka juga agak
keliru apabila mendengar irama yang dibandingkan dengan irama Melayu iaitu Irama Thailand,
namun irama Melayu yang dimainkan iaitu Selendang Mak Inang, menyebabkan para peserta yakin
akan jawapan bagi irama tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa keaslian irama dan muzik
tradisional etnik di Malaysia masih kekal dalam identiti rakyat Malaysia dan mudah untuk dikenal
pasti.
32 | D e ’ U n i t e